Thursday, 26 December 2013

Kesimpulan

Setelah menjelajah hampir ke semua negeri di Semenanjung Malaysia, aku dan keluarga pulang semula ke rumah. 

Alhamdulillah tiada apa-apa musibah yang berlaku di sepanjang tempoh tersebut. Ramai saudara mara dapat kami kunjungi untuk bertanya khabar.

Banyak juga cenderahati yang kami bawa pulang berupa keropok lekor, keropok kering, ikan pekasam, 'freezer magnet', baju T, kenangan pahit manis dan yang paling berharga adalah ilmu pengalaman yang diperolehi tak ada terjual di mana-mana.

Syukurlah kerana di Malaysia ini masih ada banyak tempat untuk dilawati, tak perlu bersusah payah nak keluar negara.

Sokonglah program Tahun Melawat Malaysia 2014 dan teruskanlah aktiviti Cuti-Cuti 1Malaysia.

 

Hari Kedua Di Johor Bahru

Hari kedua aku di Johor Bahru, banya dihabiskan di Puteri Harbour kerana mengunjungi Puteri Harbour Family Theme Park.
Ketika di simpang untuk masuk ke jalan utama pun dah nampak iklan besar nie... apalagi anak-anak seronok sakan.....













Banyak aktiviti yang dilalui bersama anak-anak sehingga tak sedar jam sudah menunjukkan jam 5.15 petang.
Mujur anak-anak rasa letih dan merengek nak pulang, kalau tak.... entah jam berapalah aku boleh sampai di rumah.

Makan Malam Di Dataran Johor Bahru

Sebenarnya sebelum aku mengunjungi Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Melaka, aku terlebih dahulu singgah di Johor Bahru kerana ada 'passenger' yang nak ikut.

Jadi pada hari pertama aku dan keluarga di JB, malamnya aku menikmati makan malam di Dataran Johor Bahru.













Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...

Singgah Di Melaka

Memandangkan gambar-gambar yang dirakam sewaktu di Kelantan, Kedah dan Perak tidak begitu menarik, jadi aku 'skip'kan aje.

Perjalanan seterusnya adalah ke Negeri Hang Tuah, Melaka. Destinasi adalah sekitar Pantai Tanjung Bidara dan Pusat Penetasan Penyu Padang Kamunting, Masjid Tanah.

Kita tengok apa yang ada di Pusat Penetasan Penyu Padang Kemunting, Masjid Tanah tuuuuu....









Kemudian kami ke Pantai Tanjung Bidara yang terletak berhampiran Pusat Penetasan Penyu itu.





Menjelang petang, kami pun beredar untuk bermalam di rumah Atuk di Lubok Cina, Melaka.
 

Di Pantai Kelulut, Marang

Cuaca cerah sepanjang perjalanan dari Dungun sebenarnya tidak bersahabat dengan kami. Ini kerana sewaktu kami singgah di Pantai Rantau Abang, pantainya dipukul ombak besar yang deras.

Kami meneruskan perjalanan ke Marang. Tujuannya adalah Pantai Kelulut. Tetapi sama seperti di Rantau Abang, keadaan pantai di sini tidak sesuai untuk mandi manda.







Lihatlah keadaan ombak ini pula....
Akhirnya kami membeli sedikit buah tangan di kedai 'orang kami'

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kelantan.....