Fasa kedua Cuti-cuti 1Malaysia bermula dari Johor Bahru. Destinasi pertama adalah ke Bandar Rompin, Pahang.
Di sini kami telah temui sebuah lokomotif lama yang digunakan sewaktu aktiviti melombong giat dijalankan di Sungai Lembing.
Sesudah menyaksikan lokomotif ini luar dan dalam, aku dan keluarga meneruskan perjalanan ke Kuantan. Cuaca agak mendung pada mulanya beralih hujan menjelang petang.
Banyak gambar yang diambil, tetapi tak sesuai nak 'tayang' kat sini kerana berlatar belakangkan hujan.
No comments:
Post a Comment