Saturday, 7 December 2013

Percutian Di Tasik Kenyir

Alhamdulillah, akhirnya aku dan keluarga (jauh dan dekat) telah berkesempatan untuk bercuti di Tasik Kenyir bermula dari 2 - 4 Disember 2013.

Walaupun hujan sepanjang perjalanan pergi (melalui Cameron Highland dan Gua Musang) dan perjalanan balik (melalui Jertih, Machang, Jeli dan Gerik), aku rasa gembira kerana dapat mengumpulkan ramai kaum keluarga yang jarang berjumpa sebelum ini. Ada yang datang dari Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang. Tidak ketinggalan yang datang dari negeri Perak (macam aku ni lah).

Bila dah jumpa ramai-ramai, macam-macam yang boleh aku lihat. Ada yang sibuk nak memancing, ada yang bising-bising nak ke dapur, anak-anak pula kelam kabut lari sana sini turun naik atas bawah rumah bot dan entah apa lagi yang aku malas nak ingat.

Lupa lak nak bagi tu, kami semua bercuti di Tasik Kenyir dengan menyewa sebuah rumah bot (boat house). Rumah bot dua tingkat  ini boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ianya dilengkapi dengan enam buah bilik, tandas dan bilik air, tempat memasak, bilik karaoke, ruang untuk BBQ, tempat memancing, ruang santai dan mesin basuh pakaian!

Aku paparkan sebahagian daripada pengalaman sewaktu bercuti di Tasik Kenyir ini.

Rumah Bot sewaktu parking di Lawit
 Tasik Kenyir
 
 Soal makan tak timbul, makanan sentiasa ada
 
Along adalah salah seorang tukang masak semasa percutian ini
Abang Long sibuk dengan jorannya... memancing dari atas
 Zul pula memancing di sebelah bawah
 
 Banyak makanan yang dibawa supaya yang ikut trip ini tak lapar
 
Yati yang memang suka menolong di dapur sedang menyediakan nasi goreng
 
 Kawasan lubuk ikan terletak berhampiran dengan kaki air terjun
 
Ini pulau ada tuannya
 
Sebuah pulau yang terbentuk setelah Tasik Kenyir dipenuhi air
 
Semua pulau yang terdapat di Tasik Kenyir mempunyai namanya sendiri
Satu pemandangan menarik
 
Tak terfikir ada juga chalet dibina seperti ini
 
Jeti umum ke Taman Herba
 
 Rumah bot parking di sini untuk membawa kami ke Taman Herba
 
 Diberi penerangan sewaktu berkunjung ke Taman Herba
 
 Herba asli berupa tongkat ali, kacip fatimah dan mahkota dewa. Minumlah seberapa banyak pun, percuma aje
 
Abang Long sedang mendapatkan penerangan tentang perubatan herba
 
 Di sinilah tongkat ali, kacip fatimah dan mahkota dewa direbus
 
 Sebahagian daripada herba-herba yang terdapat di sekitar pulau ini
 
 
 Selalu jumpa tetapi tak tahu nama
 
 Seronok juga mendapat ilmu yang berguna dari Pakcik nie
 
 Penerangan tentang Taman Herba Tasik Kenyir
 
 Rumah bot
 
Gambar semua yang hadir pada percuti ini
 
Kalau kalian nak cuba naik rumah bot ini, boleh hubungi En Sukri
Banyak yang menarik di sekitar Tasik Kenyir ini. Aku fikir cuma aku dan keluarga aje yang datang masa hujan nie... tetapi sebenarnya masih ada ramai pengunjung lain yang datang dari seluruh Malaysia.

Berakhirlah Fasa 1 Cuti-Cuti Malaysia 2013. Aku dan keluarga kembali ke rumah untuk berehat sebelum meneruskan Fasa 2 pula.

Jumpa pada kesempatan akan datang....

1 comment:

  1. Salam..sy nk bwa family pg bercuti n yg ni agak mnrik perhatian sy...line fon ok x mse g brcuti mcm ni?

    ReplyDelete