Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program latihan berikut:-
PELATIH JURUTEKNIK AWAM (MERINYU URUSAN JALAN)
Calon-calon yang terpilih akan dikehendaki menjalani latihan untuk tempoh selama 11 bulan di Akademi Keretapi, Batu Gajah. Calon-calon yang berjaya menamatkan latihan dan lulus dalam peperiksaan yang diadakan kemudiannya akan ditawarkan untuk mengisi jawatan Juruteknik Awam (Merinyu Urusan Jalan) J07G10.
Deskripsi Tugas
1. Menjalankan penyenggaraan landasan, sisian-sisian, terowong, jambatan-jambatan dan pembentong.
2. Menjalankan pemeriksaan berkala kepada sesimpang dan lintasrata.
3. Menjalankan kerja bancian (prospection) kepada bahan-bahan landasan untuk tujuan perancangan tahunan.
Kelayakan
v Mempunyai Sijil Kejuruteraan Awam dari Politeknik atau mana-mana institusi yang setaraf
v Berusia 20 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 27 tahun pada tarikh tutup iklan
v Pengalaman kerja yang berkaitan dengan kejuruteraan awam adalah kelebihan
v Mempunyai penglihatan yang baik dan tidak buta warna.
Syarat-syarat lain
v Calon-calon yang berjaya akan dikehendaki menandatangani kontrak perkhidmatan selama 5 tahun dengan KTMB.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri yang bersetem.
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 23 Disember 2013 ke alamat seperti berikut:-
Pengurus BesarPengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Koporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
(Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas kiri sampul surat permohonan jawatan)
No comments:
Post a Comment