Wednesday 1 May 2013

Penutupan Sementara Platform 2 Stesen Subang Jaya



Mulai 11 Mei 2013, semua perkhidmatan KTM Komuter ke laluan Batu Caves  di Stesen Subang Jaya  akan dipindahkan buat sementara ke Platform 1.

Ini dilaksanakan untuk membantu pembinaan projek sambungan laluan LRT Kelana Jaya yang diintegrasikan dengan Stesen Komuter Subang Jaya. Untuk selama 10 bulan, akan berlaku sedikit perubahan di dalam jadual perkhidmatan tren komuter.

Bagi perkhidmatan KTM Komuter ke arah Pelabuhan Klang dan stesen-stesen di antaranya, tiada perubahan akan dilakukan.

Kalian yang sering menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dari atau ke Subang Jaya hendaklah mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment