Saturday 3 August 2013

Penutupan Stesen Bukit Merah


Setelah sekian lama memberikan khidmatnya kepada penduduk setempat, akhirnya Stesen keretapi Bukit Merah ditutup secara rasminya mulai 30 Julai 2013 yang lalu.

Stesen ini merupakan stesen kedua yang ditutup sepanjang laluan antara Stesen Bagan Serai dan Taiping setelah Stesen Pondok Tanjung ditutup beberapa bulan yang lepas. Ini kerana jajaran landasan yang baru bagi Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh - Padang Besar tidak lagi melalui kedua - dua tempat tersebut.

Semasa beroperasi stesen yang terletak di KM 66.7 atau di TT 40/17 ini, merupakan sebuah stesen 'fully interlocked' dilengkapi dengan 16 'lever ground frame'. Terdapat satu landasan gegelung dan satu landasan sisian perkhidmatan yang selalu digunakan oleh tren balas atau keretarel dari Merinyu Urusan Jalan. Stesen ini cuma mempunyai sebuah platform yang berkedudukan di sebelah kiri arah landasan turun.

Walaupun stesen ini sebelum penutupannya hanyalah  sebuah stesen operasi bagi tujuan perselisihan tren, tetapi ianya pernah digunakan untuk Tren Ekspres Langkawi bagi mengambil dan menurunkan penumpang yang ingin berkunjung ke Bukit Merah Laketown Resort. Pada suatu ketika dahulu, tren-tren mel siang dan malam yang banyak berhenti di stesen ini.

Setelah siapnya jajaran landasan yang baru, semua tren tidak lagi melalui laluan asal yang berliku.

Harapnya agar stesen ini akan terus dikekalkan dan dijaga sebagai sebuah warisan bagi membuktikan bahawa pernah wujud sebuah stesen keretapi di Bukit Merah.

Aku paparkan di sini sebahagian daripada kenangan yang aku kumpul dari berbagai sumber sebagai perkongsian pada kali ini. 







5 comments:

  1. salam tuan
    Adakah stesen ini akan dirobohkan? amat sayang stesen2 tua seperti ini terus dirobohkan kerana banyak tinggalan sejarah KTMB masih boleh dikekalkan disini.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Tak pasti apa yang akan terjadi selepas ini terhadap stesen tersebut. Banyak yang telah dibelanjakan untuk membaikpulih stesen ini termasuklah berita dari keratan akhbar di bawah.

    Akhbar Berita Harian 06 Julai 2001

    Nostalgia penumpang keretapi yang turun naik di Stesen Bukit Merah yang dihentikan operasinya sejak 1980-an kini kembali apabila KTMB bersetuju menyambung semula operasi stesen itu sejak awal tahun ini. Stesen ini mula beroperasi pada 1905, tetapi pada 1980-an perkhidmatannya dihentikan kerana kekurangan penumpang. Penyambungan perkhidmatan stesen keretapi ini dilakukan dengan kerjasama Kumpulan Emkay pemilik Bukit Merah Lake Resort (BMLR) yang menjadikan stesen ini sebagai anak angkatnya. Emkay difahamkan mengeluarkan perbelanjaan lebih RM30,000 untuk memperbaiki, mengubahsuai dan mencantikkan landskap di kawasan stesen.

    ReplyDelete
  3. salam Tuan
    Nampknya sudah terserah nasib stesen ini akan sama seperti stesen keretapi Kuala Kubu Road dan lain-lainnya. Saya baru sahaja ke stesen keretapi lama Batang Melaka yang khabarnya akan dirbohkan sedikit masa lagi. InsyaAllah artikel berkenaan dengan stesen keretapi lama Batang Melaka itu akan saya siarkan di blog saya tidak lama lagi. Saya juga memmohon untuk menggunakan beberap gambar dalam koleksi blog Tuan sebagai rujukan utama artikel berkenaan dan sumber dari blog Tuan akan saya letakkan sekali dalam artikel berkenaan.

    ReplyDelete
  4. Terpulanglah kepada peringkat tertinggi KTMB samada mahu mengekalkan atau merobohkan stesen tersebut. Kita orang luar hanya boleh tunggu dan lihat. Saya izinkan Tuan untuk menggunakan apa sahaja yang siarkan di dalam blog ini untuk dikongsi bersama teman-teman yang lain.

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH TUAN... BUDI DAN JASA TUAN AKAN KEKAL DALAM INGTAN

    ReplyDelete