Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia
yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan berikut:-
Juruteknik
Fasiliti
Syarat Kelayakan
- Mempunyai Sijil Kejuruteraan Awam dari Politeknik atau
mana-mana institusi yang setaraf
- Berusia 19 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 25
tahun pada tarikh tutup iklan
- Pengalaman kerja yang berkaitan dengan kejuruteraan
awam adalah kelebihan
- Mempunyai penglihatan yang baik dan tidak buta warna.
Kriteria Pemilihan
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik
- Sedia bertukar ke mana- mana lokasi dirangkaian KTMB.
- Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian.
Spesifikasi Tugas
- Mengawasi kerja-kerja pembaikian kerosakan bangunan
serta pembersihan kawasan perumahan KTMB adalah mengikut kualiti kerja yang
telah ditetapkan oleh pihak jabatan
- Mengawasi serta memastikan bahawa pekerja –pekerja,
barang - barang serta peralatan untuk penyelengaraan tugas harian adalah
mencukupi dan sempurna.
- Membuat lawatan kerja berjadual ke kawasan serta
bangunan dibawah penyeliannya seperti yang telah diprogramkan pada awal tahun
- Menjadual kerja seharian kakitangan bawahannya serta
memeriksa tuntutan lembur mereka adalah betul dan tepat dan berada pada tahap yang minima.
- Menyediakan dan membuat anggaran bagi kerja - kerja
kontrak serta proses memanggil tawaran kerja.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menyatakan pengalaman,
butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping
gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”)
yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat pada 24
Januari 2014 ke alamat berikut:-
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat
dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan
Kakitangan)
Ibu Pejabat
Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan
Hishamuddin
50621 Kuala
Lumpur.
No comments:
Post a Comment