MUHARAM adalah bulan pertama
dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud
'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan
atau pertumpahan darah.
Namun demikian larangan ini
ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam
boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan
berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah
(shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh
Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini
kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh
golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri
rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di
dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih
mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan
melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan
besarnya kehormatannya.
Diambil dari
rossacalla.blogspot.com Terima kasih yer!!
No comments:
Post a Comment