Wednesday, 28 December 2016

Semalam Di Bandar Serai



SEMALAM DI BANDAR SERAI 
 
Semalam di Bandar Serai
Hati hamba telah kian terpaut
Pucuk bunga taman hati
Indah nian dalam jambangan

Hati siapa tak kan resah
Bila kita telah berjauhan
Menahan sebak di dada
Rindu dendam tak tertahankan

Duhai kekasih ku dengarlah
Dendangan ku penawar rindu
Dalam kalbu
Duhai kekasihku tidakkah
Kau merasa getaran jiwa
Dalam dada

Semalam di Bandar Serai
Hati hamba kian terpaut
Pucuk bunga taman hati
Indah nian dalam jambangan

Pucuk bunga taman hati
Indah nian dalam jambangan

Wednesday, 21 September 2016

Stesen Keretapi Manek Urai, Kelantan

 Stesen Manek Urai pada 15 Disember 2006

Stesen Keretapi Manek Urai di Kelantan adalah sebuah stesen keretapi yang terletak di KM 425.6 Jajaran Pantai Timur. Jirannya di sebelah utara adalah Stesen Krai di KM 442.1 manakala di sebelah selatan adalah Stesen Bukit Abu di KM 399.2.

 Kedudukan Stesen Manek Urai

Pada asalnya, laluan dari Manek Urai ke Krai (sejauh 10 batu dan 40 rantai) telah dibuka pada 17 Oktober 1927 manakala laluan dari Manek Urai ke Kuala Gris (sejauh 18 batu dan 49 rantai) telah dibuka pada 14 Julai 1930. Namun semasa Perang Dunia Kedua, landasan telah ditutup kerana banyak jambatan telah runtuh terkena serangan bom.
Stesen ini dibuka semula selepas tamat Perang Dunia Kedua pada 15 Ogos 1950.

Sebelum kejadian banjir pada Disember 2014, stesen ini adalah sebuah stesen yang sibuk dengan penumpang yang sering menggunakan perkhidmatan tren tempatan (local train) untuk samada ke Kuala Krai atau lain-lain stesen di utara bagi menjual hasil-hasil kampung.

Sebuah kaunter tiket yang akan menjadi sibuk beberapa minit sebelum ketibaan keretapi.

Surau Al-Taqwa tersergam indah menjadi tumpuan penduduk Kampung Manek Urai Lama

Namun segalanya berubah apabila banjir besar melanda...
 
 

Stesen ini telah tenggelam sepenuhnya pada 23 Disember 2014 dan hanyut dibawa arus deras yang turut melanda kawasan sekitarnya.

Apa yang tinggal selepas banjir?

Sebagai ganti, sebuah pondok kecil telah didirikan bagi kemudahan penduduk kampung untuk menunggu ketibaan keretapi.

Dengan kekuasaan Allah s.w.t, Surau At Taqwa masih kekal tanpa 'disentuh' oleh banjir

Membangunlah semula gerai-gerai ada di sekitar kawasan stesen seperti dahulu.
 

Semoga Stesen Manek Urai ini akan beroperasi seperti sediakala selepas ini.

Signboard Part 24


Kita teruskan lagi gambar-gambar tentang signboard nama stesen dan perhentian yang ada dalam KTMB

 Stesen Port Swettenham

 Stesen Port Weld

 Stesen Pulau Indah

 Stesen Rembau

 Perhentian Rompin

Stesen Barang Serendah

Stesen Sri Subang
 Stesen Sultan Street

Stesen Sungai Kerawai
Stesen Sungei Tampeian
Stesen Sungei Tukang Sedin

 Stesen Sungkai

Stesen Waf Teluk Anson
Stesen Tampin / Pulau Sebang
 Stesen Tapah Road

Stesen Tapis Minyak


 Stesen Tasek

 Stesen Teluk Anson Town

 Perhentian Tembeling

Perhentian Tiroi


Aku akan cuba melengkap lagi gambar-gambr berkaitan dengan signboard nie di masa akan datang. Terima kasih kepada kawan-kawan seperti Benny dan kawan-kawan di FB yang telah sudi membenarkan aku menyiarkan koleksi mereka.

Selepas ini aku akan menyiarkan pula gambar-gambar stesen dan perhentian keretapi di dalam KTMB.

Jumpa lagi.....


Signboard Part 23

Signboard Bahagian Ke 23 ini mengandungi gambar-gambar yang aku perolehi dari berbagai sumber termasuk yang sememangnya dah lama ada dalam simpanan ku
 
 Perhentian Air Hitam

 Stesen Alor Setar

 Stesen Arau

 Stesen Bahau

 Stesen Batu Caves

 Stesen Bidor

 Stesen Bukit Gantang

 Stesen Bukit Ketri

 Kabin Bukit Merah

 Stesen Bukit Timah

 Stesen Chikus

 Stesen Gemas

Stesen JB Sentral
 
 Kabin Simpang Pelabuhan Klang

 Perhentian Kerdau

 Perhentian Keru

 
 Stesen Kota Baharu

 Stesen Lenek

 Perhentian Londah

 Perhentian Mentera Baru

Perhentian Menteri

 Stesen Mid Valley

 Stesen Padang Besar

 Perhentian Padang Piol

 Stesen Padang Rengas

Stesen Port Dickson

Kita sambung lagi....