Wednesday 21 September 2016

Stesen Keretapi Manek Urai, Kelantan

 Stesen Manek Urai pada 15 Disember 2006

Stesen Keretapi Manek Urai di Kelantan adalah sebuah stesen keretapi yang terletak di KM 425.6 Jajaran Pantai Timur. Jirannya di sebelah utara adalah Stesen Krai di KM 442.1 manakala di sebelah selatan adalah Stesen Bukit Abu di KM 399.2.

 Kedudukan Stesen Manek Urai

Pada asalnya, laluan dari Manek Urai ke Krai (sejauh 10 batu dan 40 rantai) telah dibuka pada 17 Oktober 1927 manakala laluan dari Manek Urai ke Kuala Gris (sejauh 18 batu dan 49 rantai) telah dibuka pada 14 Julai 1930. Namun semasa Perang Dunia Kedua, landasan telah ditutup kerana banyak jambatan telah runtuh terkena serangan bom.
Stesen ini dibuka semula selepas tamat Perang Dunia Kedua pada 15 Ogos 1950.

Sebelum kejadian banjir pada Disember 2014, stesen ini adalah sebuah stesen yang sibuk dengan penumpang yang sering menggunakan perkhidmatan tren tempatan (local train) untuk samada ke Kuala Krai atau lain-lain stesen di utara bagi menjual hasil-hasil kampung.

Sebuah kaunter tiket yang akan menjadi sibuk beberapa minit sebelum ketibaan keretapi.

Surau Al-Taqwa tersergam indah menjadi tumpuan penduduk Kampung Manek Urai Lama

Namun segalanya berubah apabila banjir besar melanda...
 
 

Stesen ini telah tenggelam sepenuhnya pada 23 Disember 2014 dan hanyut dibawa arus deras yang turut melanda kawasan sekitarnya.

Apa yang tinggal selepas banjir?

Sebagai ganti, sebuah pondok kecil telah didirikan bagi kemudahan penduduk kampung untuk menunggu ketibaan keretapi.

Dengan kekuasaan Allah s.w.t, Surau At Taqwa masih kekal tanpa 'disentuh' oleh banjir

Membangunlah semula gerai-gerai ada di sekitar kawasan stesen seperti dahulu.
 

Semoga Stesen Manek Urai ini akan beroperasi seperti sediakala selepas ini.

No comments:

Post a Comment