Jika kalian berminat dengan keretapi di Indonesia, di Youtube terdapat satu saluran (channel) yang kerap menyiarkan cerita tentang keretapi di Indonesia terutamanya sejarah tentang sesebuah stesen lama atau laluan lama.
Saluran ini dimiliki oleh seorang peminat keretapi di Pulau Jawa bernama Yusril Rizky Pratama, anak seorang kakitangan Kereta Api Indonesia.
Beliau menggunakan Bahasa Indonesia yang mudah difahami dan banyak maklumat yang sering dikongsi dalam video-video beliau.
Mungkin ini dapat membantu rakan-rakan yang meminati keretapi yang ingin melawat dan menaiki keretapi di Indonesia pada masa akan datang, boleh membuat perancangan awal.
Semoga terhibur.
https://www.youtube.com/channel/UCNm0e6aVVvii5njqyd3hPGQ
No comments:
Post a Comment