Saturday 17 February 2024

Tika Senja Bertandang

Tika Senja Bertandang

Sendirian di Kuala Abang
Ku tatap senja dalam sendu
Menahan pedih yang berdenyut di dada
Terkadang
Aku ingin menjadi seperti angin
Yang membawa puing kenangan
Yang membawa sejuta rasa
Ada kata yang sulit terucap
Ada bibir yang enggan bicara
Ada rasa yang enggan untuk diam
Ada rindu yang terus menguat
Semua itu kerana kamu
Kerana kamu yang kurindu
Kerana kamu yang kucinta
Kerana kamu rasa itu ada
Langit yang berwarna kemerah-merahan ini
Mungkin sudah bosan melihat guratan pilu
Andai kau tahu bahawa melupakanmu
Tak secepat langit indah ini menjadi gelap....


No comments:

Post a Comment