Sunday 24 March 2024

Brighton & Hove Albion FC

Brighton & Hove Albion FC

Hello. Apa khabar? Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam walau di mana jua anda berada. Harapnya cuaca panas yang sedang melanda beberapa buah negeri di Malaysia ketika ini tidak menghalang daripada kalian menyempurnakan Rukun Islam Yang Ketiga ini. Masa berlalu begitu pantas dan hari ini sudah hampir separuh bulan Ramadan kita lalui.

Pencapaian pasukan Brighton & Hove Albion sejak akhir-akhir ini amatlah kurang memberansangkan. Beberapa kekalahanan menyaksikan pasukan Brighton tersingkir dari saingan Piala FA England, terkeluar daripada meneruskan saingan dalam Liga Eropah dan kini sekadar menduduki tangga ke lapan dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Berikut adalah keputusan semasa pasukan Brighton & Hove Albion. Untuk keputusan yang terdahulu boleh rujuk di sini.
Perlawanan 24. 10 Februari 2024. Tottenham Hotspur 2-1 Brighton.
Perlawanan 25. 18 Februari 2024. Sheffield United 0-5 Brighton.
Perlawanan 26. 24 Februari 2024. Brighton 1-1 Everton.
Perlawanan 27. 2 Mac 2024. Fulham 3-0 Brighton.
Perlawanan 28. 10 Mac 2024. Brighton 1-0 Nottingham Forest.

Kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris Musim 2023/24.


Perlawanan seterusnya.
Perlawanan 29. 31 Mac 2024. Liverpool lawan Brighton.

Piala Liga Inggeris (Piala Carabao)
Perlawanan Pusingan Ketiga. 27 September 2023. Chelsea 1-0 Brighton.Terkeluar dari saingan Piala Carabao musim ini.

Piala FA England
Perlawanan Pusingan Ketiga. 5 Januari 2024. Stoke City 2-4 Brighton.
Perlawanan Pusingan Keempat.  27 Januari 2024. Sheffield United 2-5 Brighton.
Perlawanan Pusingan Kelima. 28 Februari 2024. Wolverhampton Wanderers 1-0 Brighton. Terkeluar dari saingan Piala FA England musim ini.

Liga Eropah
Perlawanan Pertama Saingan 16 Terakhir. 8 Mac 2024. Roma (Itali) 4-0 Brighton.
Perlawanan Kedua Saingan 16 Terakhir. 15 Mac 2024. Brighton 1-0 Roma (Itali). Aggregat 1-4 dan terkeluar dari saingan Liga Eropah.

Apapun keputusan yang berlaku, aku doakan agar pasukan Brighton & Hove Albion ini kembali mencapai kemenangan dalam perlawanan akan datang.
Selamat Maju Jaya kepada pasukan Brighton & Hove Albion.

No comments:

Post a Comment