(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Thursday, 13 August 2009
Masalah Teknikal
Masalah teknikal telah membuatkan aku gagal untuk mengemaskini laman blog ini untuk tempoh yang agak lama. Alhamdulillah, hari ini masalah tersebut telah dapat di atasi. Harapan aku agar anda semua akan terhibur.
Tuesday, 21 July 2009
Kasihan Dengan Anak-Anak di Bait Al-Amin
Lanjutan daripada program mengumpul dana 1 kaki persegi = RM 30.00, rasa sedih dah pilu mula menyelubungi sewaktu aku bertandang ke sana minggu lepas.
Yang tinggal hanyalah pejbat tempat Ayah dan Abi menguruskan serba serbi perkara berkaitan dengan anak - anak di Bait Al-Amin.
Abi melayan anak - anak sewaktu makan tengahari.
Ini terjadi kerana kekurangan ruang untuk menempatkan kerusi dan meja.
Syukurlah dengan apa yang dapat aku sumbangkan sedikit buat Bait Al-Amin hari ini. Esok lusa aku akan berkunjung lagi. Aku juga tergolong dalam kategori mereka kerana aku tidak mempunyai emak tersayang.
Bersama - samalah kita membantu mereka yang memerlukan.
Sunday, 19 July 2009
Perlawanan Pra-Musim 2
Siri perlawanan persahabatan sebelum liga bermula diteruskan lagi. Pada 15 Julai 2009 yang lalu, pasukan Brighton & Hove Albion bertandang pula ke Woodside Road untuk menentang pasukan tuan rumah, Worthing Albion.Perlawanan berkesudahan seri 1 - 1 dengan gol tunggal Brighton dijaringkan oleh Jamie Smith pada minit ke-28 separuh masa pertama.
Turut bermain pada hari ini adalah David Livermore selepas sembuh daripada kecederaam lulut. Brighton juga menurunkan lima pemain percubaan iaitu Joe McLenan, Jamie Smith, Damien Mozika, Rhys Jones dan Berlin Nlome-Ndebi.
Pemain yang turun ke padang: (4-4-2) Pelling (Walker 45); Ide (Strong 45), Cooper, Cook, Livermore (James Smith 59); McLenan (Brinkhurst 63), Jamie Smith, Mozika (Wilkins 75), Jones (Thomson 65); Barker (Hayward 87), Nlome-Ndebi.

Saturday, 18 July 2009
Perlawanan Pra-Musim 1
Brighton & Hove Albion memulakan perlawanan pra-musim di Westleigh Park menentang pasukan Havant & Waterlooville pada 14 Julai yang lalu.
Mark Wright memulakan jaringan di minit ke-15 diikuti dengan jaringan oleh Craig Davies di minit-minit akhir separuh masa pertama.
Keputusan Akhir: Havant & Waterlooville 0 Brighton & Hove Albion 2.
Secara keseluruhannya perlawanan ini amat sesuai dijadikan perlawanan pertama sebelum bermulanya musim 2009/10. 22 orang pemain dari skuad utama telah turun bermain dengan setiap pemain dapat beraksi selama 45 minit. Selain daripada itu, pasukan Havant & Waterlooville juga bermain hebat dan memberikan saingan sepanjang perlawanan. Mereka telah memberikan satu ujian yang amat berguna bagi pasukan Brighton & Hove Albion.
Aksi El-Abd sewaktu perlawanan.

Aksi El-Abd sewaktu perlawanan.Pemain yang telah diturunkan pada separuh masa pertama: (4-4-2) Smith; Whing, Virgo (capt), Elphick, Lynch; Cox, Croft, Spiller, Wright; Murray, Davies.
Pemain di separuh masa kedua: (4-4-2) Kuipers; Cook, Hawkins, Tunnicliffe, McLeod; Ide, El-Abd, Dicker, Brinkhurst; Hart, Ricketts.
Friday, 17 July 2009
Menderma Untuk Bait-Al-Amin
Semalam aku meluangkan sedikit masa untuk ke Rumah Anak-Anak Yatim / Miskin di Parit. Dah lama benar aku tak berkunjung ke sana. Sewaktu tiba, aku sedikit terkejut dengan perubahan yang berlaku terhadap blok yang menempatkan anak - anak perempuan. Rupa-rupanya pihak pengurusan telah mendapatkan sedikit dana untuk membina satu blok baru dua tingkat untuk dijadikan aspuri (asrama putri).
Kepada yang ingin menderma, bolehlah lihat gambar di bawah ini.
Wednesday, 8 July 2009
Signboard Part 9
Dah lama benar aku tak mengemaskini ruangan signboard ini. Hari ini kita sambung lagi perjalanan kita dari Perhentian Angkasapuri ke Stesen Klang.
Bermula dari Simpang Pelabuhan Klang, dahulu terdapat sebuah perhentian yang dikenali dengan Perhentian Taman Ghazalie Shafie. Tetapi sewaktu Projek Landasan Berkembar Lembah Klang ini dilaksanakan, perhentian ini telah tercicir dari senarai. Samalah ceritanya dengan apa yang terjadi dengan Stesen Malim Nawar di Perak tu.
Sunday, 5 July 2009
Signboard Part 8
Subscribe to:
Posts (Atom)