Friday, 14 August 2009

Pasar Malam Tanjung Malim

Jika anda berkesempatan untuk berkunjung ke Bandar Tanjung Malim, jangan lupa untuk melihat sendiri kemeriahan Pasar Malam Tanjung Malim. Pasar malam ini diadakan pada setiap hari Sabtu bermula dari petang sehingga lebih kurang jam 11 malam.

Ianya diadakan di tengah - tengah bandar dan tidak sukar jika anda ingin ke sana kerana perhentian bas dan stesen keretapi terletak berdekatan dengan pusat bandar. Bagi yang berkereta, terdapat beberapa buah hotel dan rumah tumpangan untuk didiami dengan kadar yang berpatutan.

Orang ramai memang menantikan ketibaan pasar malam setiap minggu untuk mencari barang - barang keperluan harian mahupun juadah kegemaran masing - masing.

Gerai pertama di jalan masuk ke pasar malam ini adalah gerai yang menjual air minuman. Aku berkesempatan merasa segelas air asam boi dan segelas air tebu. Enaknya......

Salah sebuah gerai yang menjual buah - buahan.

Aku sempat membeli sepasang kasut yang harganya cuma Rm 25.

Buah pulasan yang rupanya seperti buah rambutan. Ia mempunyai kulit yang agak tebal dan isi yang hampir serupa dengan isi buah rambutan. Jika anda hendak memakan buah ini, anda haruslah memulas kulitnya yang tebal terlebih dahulu.

Rasanya enak.... cubalah

Harganya memang berpatutan sesuai dengan rasanya yang original!

Roti goreng ayam dan roti goreng daging ini pun sedap juga jika dimakan sewaktu ianya masih panas. Jika ada sos cili, pasti rasanya lebih enak. Aku beli 3 ketul roti goreng ni dan aku makan di Stesen Keretapi Tanjung Malim sewaktu menunggu ketibaan Tren Ekspres Khas 1004 tiba pada jam 2359H (11.59 malam).

Walaupun aku cuma sekejap di bandar ini, aku rasa amat seronok sekali. Banyak pengalaman baru yang aku dapat. Kalau ada masa, akan aku datang lagi berkunjung ke Bandar Tanjung Malim ini.

Thursday, 13 August 2009

Naik Keretapi Dari Butterworth Ke Tanjung Malim

Aku dah lama benar tak menaiki keretapi. Pada awal Ogos yang lalu, aku nekad aje untuk mengejar keretapi. Alhamdulillah, aku dapat Tren Nombor 1 (ER/1) iaitu Tren Ekspres Rakyat dari Butterworth ke Tanjung Malim.

Ramai juga penumpang yang menaiki tren ini, maklumlah hari cuti hujung minggu.

Mari kita lihat sebahagian daripada gambar yang dapat aku rakamkan di sepanjang perjalanan yang diselubungi keadaan cuaca yang tidak menentu.

Stesen Butterworth

Yad Perai


Stesen Bukit Tengah


Stesen Bukit Mertajam


Stesen Simpang Ampat


Stesen Parit Buntar


Stesen Bagan Serai


Stesen Bukit Merah


Stesen Taiping


Stesen Bukit Berapit


Stesen Padang Rengas


Stesen Kuala Kangsar


Kilang Simen CIMA, Kanthan


Stesen Chemor


Stesen Tanjung Rambutan


Signboard Lama Stesen Tasek


Yad Ipoh


Stesen Ipoh


Yad Lahat


Depot Batu Gajah


Stesen Batu Gajah


Stesen Kampar


Pekan Banir


Stesen Tapah Road


Stesen Tanjung Malim

Swansea City..3 Brighton..0

Dalam perlawanan Pusingan Pertama Piala Carling pada 11 Ogos 2009, pasukan Brighton & Hove Albion terkeluar daripada saingan apabila tewas 0 - 3 kepada Swansea City di Stadium Liberty, Swansea.

Ini adalah kekalahan kedua berturut - turut pasukan Brighton dalam tempoh 5 hari selepas tewas 0 - 1 kepada Walsall dalam perlawanan Liga Bahagian Satu Musim 2009/10.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Whing, Elphick, Virgo, J Wright (El-Abd 46); Thornhill, Crofts (Wright 46), Navarro, Cox; Forster, Dickinson (Murray 65). Pemain Simpanan: G Smith (GK), McLeod, Tunnicliffe, Dicker.

Alan Navarro sedang mengawal bola sambil dikejar seorang pemain Swansea City


Brighton.. 0 Walsall..1

Brighton & Hove Albion memulakan kempen musim 2009/10 dengan mengalami kekalahan 0 - 1 kepada Walsall di tempat sendiri. Lebih malang lagi, gol kemenangan Walsall adalah jaringan sendiri Andrew Whings dalam minit ke 30.

Albion: (4-5-1) Kuipers; Whing, Virgo, Elphick, J Wright; M Wright, Thornhill (Forster 46), Navarro, Crofts, Cox (McLeod 78); Dickinson (Murray 82). Pemain simpanan: G Smith (GK), Dicker, El-Abd, Tunnicliffe.

Senarai Pemain Musim 2009/10

Berikut adalah nombor jersi pasukan Brighton & Hove Albion yang telah disahkan oleh Pengurus Pasukan, Russel Slade.

1. Michel Kuipers
2. Andrew Whing
3. Jim Mc Nulty
4. Tommy Elphick
5. Jake Wright
6. Adam El-Abd
7. Dean Cox
8. Alan Navarro
9. Nicky Forster
10. Liam Dickinson
11. Kevin McLeod
12. James Tunnicliffe
13.
14. David Livermore
15. Gary Hart
16. Colin Hawkins
17. Glenn Murray
18. Gary Dicker
19. Mark Wright
20. Andrew Crofts
21. Matt Thornhill
22. Graeme Smith
23. Adam Virgo
24. Jamie Smith
25. Craig Davies
26.
27.
28.
29.
30. Steve Cook
31. Josh Pelling
32. Stesen Brinkhurst

Senarai ini akan dikemaskini apabila pemain - pemain baru menandatangani kontrak bersama The Seagull dalam sehari dua lagi.

Keputusan Perlawanan Persahabatan Pra Musim

Berikut adalah keputusan perlawanan persahabatan pra musim 2009/10 pasukan Brighton & Hove Albion.

14.07.2009 mn Havant & Waterlooville 2 - 0
15.07.2009 mn Worthing 1 - 1
18.07.2009 mn Stevenage Borough 1 - 2
21.07.2009 mn AFC Wimbledon 2 - 0
24.07.2009 mn Crawley Town 0 - 1
28.07.2009 mn Torquay United 0 - 1
01.08.2009 mn Scunthorpe United 2 - 0

Masalah Teknikal

Masalah teknikal telah membuatkan aku gagal untuk mengemaskini laman blog ini untuk tempoh yang agak lama. Alhamdulillah, hari ini masalah tersebut telah dapat di atasi. Harapan aku agar anda semua akan terhibur.