Tuesday, 15 June 2010

Ke Kedai Kawan

Dalam demam - demam, aku memenuhi permintaan seorang kawan di Sungai Petani untuk berkunjung ke gerainya.

Ini gerai yang Mie dan Ina sewa.
Wajah Mie yang ceria sewaktu melayan kedatangan kami
Ina pula sibuk mengambil pesanan
Malam tu hujan gerimis, aku tetap memesan Neskopi Ais!
Sedap juga dapat makan nasi goreng dan mee goreng. Berselera kami makan.

Selamat Maju Jaya buat Mie dan Ina. Ada masa kami datang lagi......

England..1 USA..1

England kurang bernasib baik sewaktu memulakan kempen Piala Dunia 2010 ini. Keputusan seri 1 - 1 ketika menentang Amerika Syarikat di Stadium Royal Bofakeng, Rustenburg sekadar memperlihatkan mutu bolasepak England semakin menurun.

Aku berpendapat, corak permainan pasukan England tidaklah begitu baik tetapi harus diingat prestasi bolasepak Amerika Syarikat semakin memuncak selepas menjadi naib johan Piala Konfederasi tahun sudah.

Kehadiran Gareth Barry dalam perlawanan kedua menentang Algeria pada 18 Jun nanti sekurang - kurangnya mampu mengembalikan prestasi baik pasukan England.

England memang tidak punyai peluang untuk menjulang Piala Dunia 2010 ini, tetapi aku tetap menyokong pasukan ini sekadar untuk suka - suka. Malaysia tetap No. 1!

Bolasepak Piala Dunia 2010

Demam Bolasepak Piala Dunia FIFA 2010 melanda bumi!
Zakumi - Maskot Piala Dunia 2010
Poster Rasmi Piala Dunia
Pasukan pilihan aku...

Sungai

Syukur Alhamdulillah, anak sungai di kampung aku masih mengalirkan airnya yang jernih. Walaupun matahari dah tegak di atas kepala, air masih terasa dingin.

Sungguhpun ianya sudah semakin cetek, tetapi ia tetap menjadi perhatian aku
Lihatlah pemandangan ini, indah sekali.....
Airnya yang jernih membolehkan aku melihat segala isi kandungan sungai ini
Ini adalah kawasan yang agak dalam airnya
Pasir dan batu memenuhi dasar sungai
Sesekali kelihatan anak ikan bermain - main di permukaan air
Udang pun ada jugak!

Jika kampung kalian juga mempunyai sungai, jagalah ia agar tidak dicemari. Ada masanya kita akan guna air sungai untuk kegunaan harian.

Bunga - Bungaan Di Kampung

Aku tak berapa tahu tentang nama pokok - pokok bunga nie. Cuma yang aku tahu pokok - pokok bunga tu ada yang berbunga dan ada yang tak ada bunga (cuma daun aje). Kalian tahu nama pokok - pokok nie?


Kalau nak tengok lebih banyak lagi pokok - pokok bunga, jom la ke kampung ku........

Cuti.........

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua.

Musim cuti sekolah nie, aku pun bercuti gak.... tapi tak ke mana - mana kerana demam dan selesema. Cuaca yang tidak begitu baik sewaktu di kampung, membuatkan aku menjadi tidak begitu selesa.

Sungguhpun begitu, aku sempat untuk menghadiri beberapa jemputan kenduri di sekitar kampung. Dapat juga bertanya khabar dengan mereka - mereka yang aku kenal.

Musim buah nak nak mula walaupun tak sehebat tahun sudah. Buah durian macam tak jadi aje... Tengoklah hujung bulan nanti, banyak atau tak buah durian yang gugur.

Apa pun, aku sudah mula bekerja dan akan menyambung kembali aktiviti menulis di dalam blog ini.

Thursday, 3 June 2010

Nombor Jersi Pemain Piala Dunia England

Berikut adalah nombor jersi rasmi pemain England sewaktu Pusingan Akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan

1 David James;
2 Glen Johnson;
3 Ashley Cole;
4 Steven Gerrard;
5 Rio Ferdinand;
6 John Terry;
7 Aaron Lennon;
8 Frank Lampard;
9 Peter Crouch;
10 Wayne Rooney;
11 Joe Cole;
12 Robert Green;
13 Stephen Warnock;
14 Gareth Barry;
15 Matthew Upson;
16 James Milner;
17 Shaun Wright-Phillips;
18 Jamie Carragher;
19 Jermain Defoe;
20 Ledley King;
21 Emile Heskey;
22 Michael Carrick;
23 Joe Hart.