Tuesday, 12 June 2012

England..1 Perancis..1


England mencatat keputusan 1-1 ketika menentang Perancis dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D EURO 2012 yang berlangsung di Donbass Arena, Donetsk, Ukraine awal pagi tadi.

England menjaringkan gol menerusi Joleon Lescott pada minit ke-30 sebelum disamakan oleh Samir Nasri pada minit ke-39. Samir Nasri juga telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Olimpik, Kiev, pasukan tuan rumah bersama Ukraine mengalahkan Sweden 2-1.

Perlawanan seterusnya dalam kumpulan ini adalah pada 15 Jun 2012 iaitu Ukraine melawan Perancis di Donbass Arena, Donetsk manakala England akan menentang Sweden di Stadium Olympic, Kiev

SENARAI PEMAIN

ENGLAND
    1. Joe Hart
    2. Glen Johnson
    6. John Terry
    15. Joleon Lescott
    3. Ashley Cole
    16. James Milner
    4. Steven Gerrard
    17. Scott Parker  (77)
    20. Alex Oxlade-Chamberlain  (77)
    11. Ashley Young
    22. Danny Welbeck  (90)

    SIMPANAN
    13. Robert Green  (GK)
    7. Theo Walcott  (90)
    8. Jordan Henderson  (77)
    9. Andy Carroll
    12. Leighton Baines
    14. Phil Jones
    18. Phil Jagielka
    19. Stewart Downing
    21. Jermain Defoe  (77)
    23. Jack Butland  (GK)

PERANCIS
    1. Hugo Lloris
    2. Mathieu Debuchy
    4. Adil Rami
    5. Philippe Mexes
    3. Patrice Evra
    11. Samir Nasri
    6. Yohan Cabaye  (84)
    18. Alou Diarra
    15. Florent Malouda  (84)
    7. Franck Ribery
    10. Karim Benzema

    SIMPANAN
    16. Steve Mandanda  (GK)
    9. Olivier Giroud
    12. Blaise Matuidi
    13. Anthony Reveillere
    14. Jeremy Menez
    17. Yann M'Vila
    19. Marvin Martin  (84)
    20. Hatem Ben Arfa  (84)
    21. Mathieu Valbuena
    22. Gael Clichy
    24. Laurent Koscielny
    23. Cedric Carrasso  (GK)


Monday, 11 June 2012

Mengenang Dikau Kembali

Betapa pilu hatiku
Mengenang dikau oh sayang
Telah kau tinggal pergi

Bertahun lalu

Kutahu isihatimu
Mengharap kasih mesra
Kerna ayah dan bonda
Terhalang cinta mesra

Kasih yang telah kau beri
Subur menghias kalbu
Biar musim berganti
Mekar selalu

Kupinta izin darimu
Beri sekadar waktu
Sabarlah kau menanti
Aku kembali
Kenanglah daku oh kasih
Dalam doamu

Terbayang wajah jelita
Mengalir air mata
Pasti di suatu masa
Kita bersua

Hadith Pilihan


Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya 

Hadith :
Rasulullah s.a.w. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.

Keretapi - Sudah Ada Peminatnya Yang Tersendiri

Menaiki keretapi memang sudah menjadi satu hobi aku. Tak kiralah pada masa cuti atau tidak, asal ada kelapangan pasti aku akan mengembara dengan menaiki keretapi. Banyak benda yang aku perolehi pada trip kali ini, tapi yang aku ingin ceritakan kepada kalian semua adalah tentang kesedaran orang ramai untuk mula menggunakan perkhidmatan keretapi menuju ke destinasi mereka samada di kawasan bandar ataupun kampung pendalaman.

1 Jun 2012,  aku menaiki Tren No. 1 Ekspres Rakyat dari Seremban menuju ke Johor Bahru. Tempat duduk pun kira nasib baik dapat sebab boleh dikatakan semua 'seat' telah habis dijual.

Apa yang menarik, penumpang tren ini terdiri daripada pelbagai kaum dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Dari kalangan pegawai tinggi kerajaan hinggalah penanam sayur, orang tua dan anak kecil, serta pelancong asing, semuanya memilih untuk naik keretapi. Alasannya hampir sama iaitu tambang keretapi MURAH, koc keretapi memberi keselesaan kepada penumpang untuk perjalanan jauh dan yang paling best, boleh beli tiket dalam tren walaupun tiket dah habis.

Sebahagian penumpang Tren No. 1 Ekspres Rakyat yang telah tiba di destinasi masing-masing
 Duduklah kejap, penat nie......
 Tengok ni... satu keluarga naik keretapi!

Ini pula sebahagian penumpang yang bersedia untuk menaiki Tren No. 92 Shuttle dari Woodlands ke Kuala Lipis pada 2 Jun 2012.
 Ramai penumpang yang menaiki tren di sepanjang perjalanan. Yang paling seronok pastinya anak-anak yang jarang dapat naik keretapi.
 Walaupun pihak KTMB telah menambah satu koc, tetapi masih ramai lagi yang berdiri sebab tak dapat duduk. Kebiasaannya untuk Tren Shuttle No. 92 ini cuma ada dua koc sahaja.
 Mujurlah kakak 'cleaner' ni tak merungut sewaktu menjalankan tugasnya. Bila dah ramai penumpang, kalian faham-fahamlah sendiri keadaan dalam koc. Tahniah lah kakak!
 Macam yang aku tulis tadi, penumpang keretapi kini mempunyai berbagai kaum dan bangsa yang tinggal di bandar-bandar besar atau kampung-kampung pendalaman
 Di bandar besar seperti Mentakab ini, jangan ceritalah. Punyalah ramai yang menunggu ketibaan keretapi. Mengapa mereka tak naik bas?

Ini pula gambaran di KL Sentral pada pagi 3 Jun 2012 sewaktu ketibaan Tren No. 29 Senandung Wau dari Tumpat 
Pada pengamatan aku, ramai yang menaiki keretapi pada musim cuti sekolah yang baru lalu kerana mahu mengelakkan kesesakan di lebuhraya. Sudahlah kos minyak kereta dan tol lebuhraya yang tinggi, harga makanan dan minuman yang agak tinggi di sepanjang lebuhraya juga menjadi penyebab bagi sesebuah keluarga untuk menaiki keretapi bagi sesuatu perjalanan yang jauh. Itu belum masuk bab keletihan sewaktu memandu dan kerenah anak-anak kecil dalam kereta.

Dalam pada itu, apa yang aku alami baru-baru ini juga boleh kalian jadikan panduan. Perkhidmatan bas ekspres dah jadi macam perkhidmatan bas henti-henti. Jika kalian naik bas dari Terminal Bas Sepadu Bandar Tasek Selatan menuju ke Segamat, perjalanan akan mengambil masa lebih kurang dua setengah jam (tidak termasuk kesesakan jalanraya atau lain-lain hal seperti kerosakan bas atau kemalangan). Bas akan berhenti di Tampin, kemudian singgah di Gemas sebelum menamatkan perjalanan di Segamat. Mengapa jadi begini? Kalian jawablah sendiri.

Dalam pada itu, pihak KTMB haruslah fikirkan sama tentang keselesaan penumpang dalam tren. Apa yang terjadi pada penumpang Tren No. 92 Shuttle Woodlands - Kuala Lipis pada 2 Jun 2012, seharusnya diberi perhatian. Tiga koc telah disediakan untuk perjalanan itu tetapi penghawa dingin cuma berfungsi untuk sebuah koc sahaja. Para penumpang kepanasan sejak dari awal mula perjalanan lagi. Kakitangan Fleet telah berusaha untuk membaiki kerosakan sewaktu tren tiba di Stesen gemas, tetapi mereka juga gagal untuk membaikinya.

Cuba-cubalah pihak pengurusan KTMB mencari inisiatif bagi mengatasi masalah ini. Pelanggan dah mula ramai, buatlah yang terbaik. Jangan bagi pelanggan lari pulak.......

Manakah Haiwan?

Mungkin agak kasar atau kurang sopan tajuk siaran aku kali ini. Tetapi aku sekadar ingin menyuarakan pendapat untuk kita fikirkan bersama.

Pada 1 Jun 2012 sewaktu menaiki keretapi dari Seremban menuju ke Johor Bahru, aku dapat lihat banyak haiwan berkeliaran di tepi landasan keretapi terutamanya di sepanjang laluan dari Seremban ke Gemas. Pada pengamatan aku, pihak kontraktor pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Seremban – Gemas telah memasang pagar di kiri dan kanan landasan bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan samada oleh manusia atau haiwan. Tetapi malangnya ada segelintir ‘haiwan’ yang pandai memotong pagar untuk kepentingan sendiri.



Lihatlah gambar di atas dan buat komen kalian sendiri. Aku tak nafikan bahawa pemandu lokomotif yang ada dalam KTMB adalah pemandu lokomotif yang terlatih. Begitu juga dengan pemandu lokomotif rendah yang sentiasa memberikan penumpuan 110% sewaktu mengendalikan lokomotif. Tetapi sebagai manusia biasa, kesilapan boleh berlaku pada bila-bila masa. Pada waktu siang, pemandu lokomotif boleh mengelak daripada melanggar kumpulan lembu-lembu tersebut; tetapi jika di waktu malam bagaimana?

Jika sesebuah lokomotif melanggar lembu-lembu tersebut, sudah tentu ianya akan menyusahkan banyak pihak terutamanya pengurusan KTMB dan penumpang Tren Antarabandar.

Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah 'haiwan-haiwan' berkenaan? Kurangnya kesedaran sivik mungkin akan menimbulkan banyak bencana. Aku selalu terdengar rungutan daripada 'haiwan-haiwan' itu yang marah apabila haiwan ternakan mereka mati atau cedera dilanggar keretapi dan sebagai balasan, mereka akan membaling batu ke arah tren penumpang yang melalui 'kawasan mereka'. Adakah ini adil?

Perkara ini akan berterusan sekiranya pihak berwajib tidak mengambil tindakan yang lebih tegas. Buatlah apa yang patut sebelum ada yang menjadi mangsa kepada tindakan 'haiwan' tersebut.

Keputusan Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2012



JOHOR BAHRU: Qari dari Kelantan, Muhamad Anuar Ghazali dan Qariah dari Wilayah Persekutuan, Che Minah Che Awang masing-masing diumumkan Johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-55 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 4 hingga 8 Jun 2012 yang lalu.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, pakej menunaikan ibadat haji beserta cenderamata dan sijil penyertaan.

Muhammad Anuar, 36, seorang guru pendidikan Islam memperoleh markah 93.66 peratus manakala Che Minah, 57, guru al-Quran pula memperoleh 84.33 peratus.

Negeri Pahang pula diumumkan sebagai johan keseluruhan majlis tilawah tersebut.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sementara itu, naib johan pula ialah qari dari Pahang, Zul-Hasyimi Mohamed Yunus (87.99 peratus) dan qariah dari Sabah, Nur Faten Izzati Rablin (79 peratus).

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM7,000, pakej menunaikan ibadat haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula qari dari Sabah, Mohamad Raffe Ghalil Abbas (86.68 peratus) dan qariah dari Kedah, Marzian Mohd Deli (78.67 peratus).

Mereka menerima wang tunai RM5,000, pakej menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Seramai 27 qari dan qariah menyertai tilawah yang berlangsung selama lima hari sejak Isnin lalu dan bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'.

- BERNAMA

Thursday, 31 May 2012

Kaunter Tiket ETS Berpindah Ke Aras 2 KL Sentral

Mulai 1 Jun 2012, tiket-tiket perkhidmatan ETS akan mula dijual di Kaunter Tiket Antarabandar yang terletak di Aras 2 KL Sentral.

Sepatutnya dari dulu lagi tiket-tiket keretapi samada untuk perkhidmatan ETS mahupun Antarabandar dijual di tempat yang sama bagi kemudahan penumpang untuk membelinya. Ini tidak, nak beli tiket Antarabandar kat tempat lain dan nak beli tiket ETS kat tempat lain, tersorok pulak tu.

Tahniah dari aku untuk KTMB kerana mula menjual tiket-tiket untuk perjalanan Antarabandar dan ETS di tempat yang sama. Tak payahlah aku nak terkejar ke sana ke mari hanya untuk mendapatkan satu tiket keretapi ke Ipoh!