Tuesday, 12 November 2013

Naik Keretapi Lagi

Aku naik keretapi lagi. Seronok bersama kawan-kawan melihat keindahan alam di sepanjang laluan dari Padang Besar ke Ipoh. Sempat juga aku bermalam di Butterworth setelah menikmati makan malam di Pulau Pinang.

Sebahagian daripada kenangan di sepanjang perjalanan tersebut (gambar yang berkaitan dengan keretapi aje)....

Bukit Ketri
Arau
Tunjang
Alor Setar
Tokai
Gurun
Sungai Petani

Bukit Tengah
Bukit Mertajam
Parit Buntar
Bagan Serai
Kamunting
Taiping
Padang Rengas
Kuala Kangsar
Tasek
Itulah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat aku ambil dan kongsi bersama kalian pada kali ini. 

Pada cuti sekolah nanti aku cuti naik keretapi kerana telah merancang untuk membawa isteri dan anak-anak ke Tasik Kenyir Terengganu, Legoland Johor Bahru, makan ikan bakar petai di Tanjung Lumpur Kuantan, naik Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi di samping memenuhi undangan jemputan kenduri kahwin yang aku sendiri tak tahu mana satu nak pergi....

Jumpa lagi.....

Suka Duka Ketika Mengutip Sejarah

Mencari dan mengumpul sesuatu untuk tatapan generasi akan datang sememangnya perlukan kesabaran. Walau di mana dan dalam apa jua keadaan sekalipun, kesabaran itu adalah lebih penting biarpun minat itu yang membuatkan aku teruja untuk meneruskan pencarian.

Dalam aku merentas kota desa, sawah ladang, bukit bukau dan semak samun berteman sang unggas serta hujan dan panas, ada kalanya terpancar kegembiraan di hujungnya. Tak kurang juga kekadang aku rasa seperti terhina tatkala berpijak di negara aku sendiri.

Adakalanya aku diberi sambutan seperti seorang VIP. Kekadang aku dilayan seperti seorang peminta sedekah, dihalau dan dimaki. Tetapi selalunya aku dilayan seperti seorang tetamu biasa (ini yang selalu aku harapkan).

Tetapi atas rasa semangat dan perasaan untuk berkongsi dengan kalian, ada kalanya aku terpaksa meneruskan perjalanan sendirian dalam mencari sejarah....

Jawatan Kosong - Polis Bantuan (Lelaki)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Keretapi Tanah Melayu Berhad  bagi jawatan berikut:-

POLIS BANTUAN
(LELAKI SAHAJA)
Syarat Kelayakan
  • Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat kepujian di dalam Bahasa Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan (bagi calon luar) atau tidak tidak melebihi 30 tahun bagi kakitangan KTM Berhad;
  • Tinggi tidak kurang daripada 165 sm (tanpa memakai kasut);
  • Berat badan tidak  kurang daripada 48kg;
  • Ukuran dada biasa 79sm, tarik  nafas 84sm;
  • Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata;
  • Boleh berkomunikasi dan menulis  di dalam Bahasa Malaysia;
  • Bebas dari segala jenis Dadah / Jenayah.
  • Sedia ditempatkan  ke mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad;
Spesifikasi Tugas.
  • Menjaga kawasan bit, pos bengkel, ibu pejabat, pejabat tunai, stesen, dan platform;
  • Menjalankan tugas-tugas mengiringi wang ke bank bersama penyelia;
  • Menjalankan tugas-tugas rondaan  bersama penyelia di laluan komuter;
  • Mengeluarkan pas pelawat kepada orang awam yang memasuki depoh dan pejabat di ibu pejabat KTM Berhad;
  • Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di depoh;
  • Membuat laporan kenyataan yang benar dalam buku catatan, buku harian, balai dan sebarang buku laporan.
 Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport  dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar  tidak lewat daripada  22 November 2013 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631368/03-22631312

Tuesday, 5 November 2013

Jangan Menanti Lagi

Katakanlah padanya 
Jangan menanti lagi
Kau pergi kini kembali hampa
Yang tinggal telah berubah

Tiada kasih bersama
Tiada hati sekata 
Kini hilang tujuan 
Musnah segala harapan 
Pada teruna ku berpesan 
Bersabarlah.... 

Bertahun kau berjuang 
Akhirnya kau terbuang 
Kini kecewa terhina pula 
Di mana adil dunia....

Salam Maal Hijrah 1435

Selepas Azan Solat Maghrib semalam, telah masuk 1 Muharam 1435H. Bermakna telah masuk Tahun Baru Kalender Islam untuk semua umat Islam di seluruh muka bumi ini. Saya dan keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435 kepada semua pengunjung yang beragama Islam. Bersama-samalah kita membuat amal ibadah kepada Allah dan menjauhi segala laranganNya.