Sunday, 3 January 2021

Malayan Railway Working Time Table 1947

Salam Sejahtera

Pada hari ini aku ingin kongsikan bersama kalian 'Malayan Railway - Working Time-Table (TO BE IN FORCE FROM 1st DECEMBER 1947).

Di dalam 'folder' ini mengandungi antaranya senarai stesen/perhentian beserta dengan nombor koda, jarak antara stesen/perhentian,  jadual perjalanan tren dan kedudukan platform sesebuah stesen.













 

Bagi laluan Taiping - Port Weld - Taiping, jarak antara Stesen Taiping dan Stesen Port Weld adalah 7.39 batu dan jarak pada tiang telegraf adalah TT 7/6. 

Untuk pengetahuan kalian, pada masa itu laluan antara Mentakab dengan Sungei Kusial tidak boleh dilalui kerana landasan dan beberapa jambatan penting masih belum dibaiki. Laluan tersebut dibuka semula secara berperingkat dan akan diceritakan pada masa akan datang.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Saturday, 2 January 2021

Peta Keretapi Tahun 1943

 Berikut aku kongsikan dengan kalian di luar sana Peta 'Railways of Malaya' keluaran November 1943.












Semoga memberi manfaat kepada semua yang menggunakan peta tersebut sebagai rujukan.

Source: National Archives of Singapore.

Thursday, 31 December 2020

Selamat Tahun Baharu 2021

 SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

SEMOGA TAHUN BAHARU INI AKAN MEMBAWA 

LEBIH BANYAK KEBAIKAN UNTUK KITA SEMUA.

 



Wednesday, 30 December 2020

Senarai Perhentian Keretapi Tahun 1973.

Berikut adalah senarai perhentian (halt) dalam Jajaran Keretapi Tanah Melayu pada tahun 1973.

Alma (Telah Ditutup)

Alor Belat (Telah Ditutup)

Ampang Factory (Telah Ditutup)

Aur Gading (Telah Ditutup)

Bakap (Telah Ditutup)

Batang Ridan (Telah Ditutup)

Batu Sembilan (Telah Ditutup)

Beluru (Telah Ditutup)

Bertam Bharu (Dinaiktaraf menjadi Stesen)

Bukit Pinang (Telah Ditutup)

Changkat Patai (Telah Ditutup)

Chegar Bongor (Telah Ditutup)

Chembong (Telah Ditutup)

Chengkau (Telah Ditutup)

Chicha Tinggi (Masih Digunakan)

Chikus (Telah Ditutup)

Connught Bridge Power Station (Telah Ditutup)

Dura (Telah Ditutup)

Gadong (Telah Ditutup)

Gua Chempadak (Telah Ditutup)

Gual Sitok (Telah Ditutup)

Ipoh Road (Telah Ditutup)

Jarak (Telah Ditutup)

Jelatok (Telah Ditutup)

Jelempok (Telah Ditutup)

Jenderak (Telah Ditutup)

Kampong Machang (Telah Ditutup)

Kampong Paloh Rawah (Telah Ditutup)

Kelawar (Telah Ditutup)

Keru (Telah Ditutup)

Kuala Gris (Masih Digunakan)

Kuala Neroh (Telah Ditutup)

Limau Purut (Telah Ditutup)

Londah (Telah Ditutup)

Lubok Batil (Telah Ditutup)

Mai (Telah Ditutup)

Mata Ayer (Telah Ditutup)

Megat Dewa (Telah Ditutup)

Mentara (Telah Ditutup)

Padang Piol (Telah Ditutup)

Pantai (Telah Ditutup)

Pedas (Telah Ditutup)

Petaling Jaya (Telah Ditutup)

Pudu Ulu (Telah Ditutup)

Sibar (Telah Ditutup)

Sungei Belengu (Telah Ditutup)

Sungei Bidal (Telah Ditutup)

Sungei Dalam (Telah Ditutup)

Sungei Dua (Telah Ditutup)

Sungei Kemudu (Telah Ditutup)

Sungei Kerawai (Telah Ditutup)

Sungei Korok (Telah Ditutup)

Sungei Renggam (Telah Ditutup)

Telang (Telah Ditutup)

Tekal (Telah Ditutup)

Telok Pulai (Masih Digunakan)

Titi Tinggi (Telah Ditutup)

 

Senarai perhentian samada masih digunakan atau telah ditutup atau telah dinaiktaraf adalah berdasarkan jadual tren tahun 2021 yang telah dikeluarkan oleh KTMB.

Berikut adalah pautan untuk jadual perjalanan Tren Antarabandar bermula 1hb Januari 2021

Dapatkan tiket keretapi anda sekarang di http://bit.ly/37UabRf  atau KTMB Mobile.📱 

KTMB Tetap Perjalananku

Tuesday, 29 December 2020

Sisian Tahan Iron Mines

Sisian Tahan Iron Mines ini terletak dalam landasan gegelong Stesen Sungai Temau, Jajaran Pantai Timur. Jiran Stesen Sungai Temau adalah Stesen Chegar Perah di sebelah selatan dan Stesen Merapoh di sebelah utara. 


Ianya bercabang dari TT 168/20 sebelah kiri sisian gegelung Stesen Sungai Temau arah tren naik.


Panjang sisian ini adalah 218 kaki dan mula dibuka kepada trafik pada 18 November 1964. Terdapat satu landasan utama dan dua landasan gegelung di penghujung sisian ini tempat untuk memunggah masuk bijih besi.


Biasanya tren turun akan melansir di sisian ini. Jika ada gerabak yang dibawa oleh tren naik, ianya akan diputuskan di Stesen Merapoh dan akan disambung dengan mana-mana tren barang turun yang bersesuaian.

Tiada jadual khusus untuk tren masuk dan keluar ke sisian ini.


Tiada tren penumpang yang berhenti di sini. Tren penumpang hanya akan berhenti di Stesen Sungai Temau dan di stesen inilah para pekerja lombong dan keluarga akan menaiki tren untuk  pergi ke mana-mana.

 

Kita lihat peninggalan kepada sisian ini.

Bekas tapak landasan

Kesan batu balas masih boleh kelihatan

Bekas jambatan keretapi

Penghujung sisian yang agak luas dan boleh memuatkan satu landasan utama dan dua landasan gegelong. 
 
 Jumpa lagi di lain episod.

Tuesday, 22 September 2020

Tiga Perlawanan Awal Musim Untuk Brighton & Hove Albion.

 








Perlawanan seterusnya adalah menentang Preston North End dalam Pusingan Ketiga Piala EFL (Piala Carabao) pada hari Rabu, 23 September 2020 di Deepdale, Preston dan menentang Manchester United di Stadium Falmer (Amex) pada hari Sabtu, 26 September 2020 untuk perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris Musim 2020/21,
 
Semoga berjaya.

Jawatan Kosong Di KTMB

Kepada adik-adik yang masih mencari pekerja di dalam bidang teknikal, KTMB akan mengadakan satu temuduga terbuka di IKM Lumut, Perak pada harri Khamis, 24 September 2020 bermula jam 9.00 pagi.
 
Kepada yang berminat dan berkelayakan, bolehlah hadir ke temuduga tersebut.


Kedudukan ITM Lumut adalah di Bandar Seri Manjung, bersebelahan Stadium Manjung berdekatan dengan JPJ Manjung dan Hospital Manjung seperti yang ada dalam peta di bawah.