(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Sunday, 14 November 2021
Yad Ipoh
Perkhidmatan keretapi walau di mana juga memerlukan sebuah kawasan untuk menyusun gerabak atau koc.
Di kalangan pekerja keretapi, ianya dikenali sebagai yad atur atau 'marshalling yard' yang digunakan untuk melansir dan 'membina' satu jajaran tren barang atau tren penumpang.
Salah sebuah yad yang penting adalah YAD IPOH. Ianya terletak di KM 178.9 Jalan Ibu, kira-kira 2 kilometer ke utara Stesen Ipoh.
Yad ini penting kerana ianya mengendalikan Sisian Terminal Kargo Ipoh dan beberapa sisian persendirian yang lain. Yad ini juga berfungsi untuk tren-tren barang berhenti sebelum meneruskan perjalanan seperti menuju ke Sisian Tasek Simen yang terletak tidak jauh dari yad ini.
Yad ini mempunyai 'blok' laluan sendiri yang dikawal dari sebuah kabin yang dikenali sebagai Persemboyanan Yad Utara Ipoh.
Aku kongsikan sebahagian gambar lama di Yad Ipoh.
Menyumbang Sekiranya Ada
Salam Sejahtera dan Selamat Bertemu Kembali.
Sudah agak lama aku tak menulis. Bukan dah lupa tetapi kekangan masa membuatkan aku tidak punya banyak ruang untuk menulis.
Semalam aku berkunjung ke Kampung Bakar Bata, Pinang Tunggal yang terletak di bahagian selatan Sungai Petani. Tujuan aku ke sana adalah untuk bertemu dengan kawan-kawan dari Kelab Peminat Keretapi Malaysia (MRFC) dan Kelab Suka Suki Keretapi (KSSK) yang dah lama tak bersua muka.
Selepas berkumpul sejenak di perkarangan Masjid At-Taubah, Pinang Tunggal, aku dan kawan-kawan meneruskan agenda asal kami iaitu menziarahi seorang peminat keretapi yang lumpuh.
Asal ceritanya bermula apabila tersiar di dalam Akhbar Kosmo! tentang keinginan seorang remaja untuk menaiki keretapi sebelum ianya meninggal dunia.
https://www.kosmo.com.my/2021/10/30/sebelum-meninggal-dunia-saya-mahu-naik-kereta-api/
Ekoran dari itu, Presiden MRFC, Saudara Faizal Farid telah mencadangkan sesuatu perlu dilakukan untuk membantu remaja tersebut. Maka tercetusnya idea untuk melakukan ziarah sambil menghulurkan sedikit sumbangan.
Dalam masa beberapa hari selepas ianya diuar-uarkan di dalam media sosial tempatan, pelbagai sumbangan dalam bentuk kewangan dan barang-barang keperluan telah diperolehi daripada Keluarga Malaysia dari seluruh negara.
Akhirnya, semalam (Sabtu, 13hb November 2021), aku dan kawan-kawan berkunjung ke rumah ADIK AZIANA SHAARI untuk memanjangkan sumbangan tersebut.
Mengapa beliau jadi begitu boleh dibaca dalam Akhbar Kosmo! tersebut dan apa yang kami perhatikan semalam, biarlah kami sahaja yang tahu.
Adik Aziana gembira apabila dapat tahu yang dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga railway fans.
Walaupun majlis diadakan secara sederhana, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya.
Buah tangan dari Jay Bee
BCA Faisal menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian untuk Adik Aziana
Presiden MRFC, Saudara Faizal menyampaikan sedikit sumbangan kewangan kepada Puan Fatimah, ibu kepada adik Aziana
Bagi pihak Puan Fatimah, Adik Aziana dan keluarga, mereka ucap salam buat semua yang sudi membantu dan berdoa untuk mereka agar dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.
Sungguhpun begitu, barangan keperluan harian seperti dalam gambar di bawah masih diperlukan. Puan Fatimah cuma bekerja di sebuah kedai makan berhampiran dengan pendapatan harian (ada kerja, ada gaji). Adik - beradik Aziana ada dua orang lagi yang baru menamatkan persekolahan.
Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan hanya digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan Aziana. Pusat Zakat pula berpendapat bahawa Adik Aziana tidak layak untuk mendapat bantuan.
Sumbangan juga boleh disalurkan kepada Wakil Kelab Peminat Keretapi Wilayah Utara, Saudara Mohd Faizal bin Che Aim @ BAC Faisal International:
Pengakhiran sesi ziarah diakhiri dengan sedikit jamuan ringan sumbangan BCA Faisal International..
Gantung jangan tak gantung bang
Ada satu lagi poster sumbangan seorang lagi peminat keretapi dari Rawang, Saudara Mohd Hafiz Othman dalam proses untuk di'frame'kan dan akan digantung dalam sesi ziarah akan datang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam misi menghantar barang2 keperluan dan bantuan kewangan kepada adik Aziana.
Ribuan terima kasih kepada semua dengan sumbangan - sumbangan yang diberikan.
Terima
kasih juga kepada kawan-kawan yang datang jauh dari Johor, Pahang dan
Kuala Lumpur untuk sama - sama menyokong program hari ini. Moga kita
berpeluang lagi di masa hadapan.
Thursday, 21 October 2021
Tahukah Anda - Stesen Keretapi Di Kedah Tahun 1915
Senarai di atas adalah nama-nama stesen keretapi yang ada di sepanjang laluan dari Sungei Petani ke Alor Star dalam tahun 1915. Tahukah anda lokasi dan nama tempat stesen-stesen itu sekarang?
Bintang Hati
Bintang Hati
Setiap Detik Ku Kenang
Duhai Bintang Hati
Gelapnya Alam
Ku Pandang
Di Mana Kan Ku Cari Ganti
Mengapakah
Gelisah
Terpisah
Merindu
Nangis
Rayu
Rawan
Batinku
Meratap Sedih
Dengarlah
Oh Bintang Hati
Subscribe to:
Posts (Atom)













