(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Sunday, 3 December 2023
Nama Lama Dan Nama Baru
Desakan Membawa Derita
Desakan Membawa Derita
Jika ditanya mengapa terbang kumbang
Dari haruman bunga
Tersingkir hasratnya ingin berdua
Resah sepi menyiksa jiwa
Jika ditanya mengapa layu bunga
Kala sinar purnama
Desiran bayu yang membawa erti
Derita menjelmakan diri
Tiada diduga girang di hati kumbang
Selalu hidup dengan nada sumbang
Gambaran nan indah
Ku potretkan di hati
Akhir hayatku takkan ku lupai
Bukan salahku meninggalkan kekasih
Juga bukan salahmu
Hanyalah desakan ayah dan bonda
Memisahkan kita berdua....
Thursday, 30 November 2023
Brighton & Hove Albion FC
Hello. Apa khabar? Musim bolasepak di Eropah sudah menghampiri ke pertengahan. Begitu juga di England terutamanya Liga Perdana Inggeris (EPL) yang nampaknya semakin sengit. Sungguhpun begitu, prestasi pasukan Brighton & Hove Albion FC kebelakangan ini tidak begitu baik kerana gagal untuk menang dalam beberapa perlawanan terakhir.
Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.Perlawanan 01. 12 Ogos 2023. Brighton 4-1 Luton Town.
Perlawanan 02. 19 Ogos 2023. Wolverhampton Wanderers 1-4 Brighton.
Perlawanan 03. 16 Ogos 2023. Brighton 1-3 West Ham United.
Perlawanan 04. 02 September 2023. Brighton 3-1 Newcastle United.
Perlawanan 05. 16 September 2023. Manchester United 1-3 Brighton.
Perlawanan 06. 24 September 2023. Brighton 3-1 AFC Bournemouth.
Perlawanan 07. 30 September 2023. Aston Villa 6-1 Brighton.
Perlawanan 08. 08 Oktober 2023. Brighton 2-2 Liverpool.
Perlawanan 09. 21 Oktober 2023. Manchester City 2-1 Brighton.
Perlawanan 10. 29 Oktober 2023. Brighton 1-1 Fulham. .
Perlawanan 11. 04 November 2023. Everton 1-1 Brighton.
Perlawanan 12. 12 November 2023. Brighton 1-1 Sheffield United.
Perlawanan 13. 25 November 2023. Nottingham Forest 2-3 Brighton.
Kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris Musim 2023/24.
Piala Liga Inggeris (Piala Carabao)
Perlawanan Pusingan Ketiga. 27 September 2023. Chelsea 1-0 Brighton.Terkeluar
dari saingan Piala Carabao musim ini.
Perlawanan 01 Kumpulan. 21 September 2023. Brighton 2-3 AEK Athens (Greece).
Perlawanan 02 Kumpulan. 05 Oktober 2023. Marseille (Perancis) 2-2 Brighton.
Perlawanan 03 Kumpulan. 26 Oktober 2023. Brighton 2-0 Ajax amsterdam (Belanda).
Perlawanan 04 Kumpulan. 09 November 2023. Ajax Amsterdam (Belanda) 0-2 Brighton.
Kedudukan semasa Liga Eropah Musim 2023/24.
Kita semua
mahukan pasukan yang kita sokong untuk menang semua perlawanan. Tetapi adat di
dalam sukan bolasepak ini adalah pasukan-pasukan yang bertanding harus menerima keputusan
menang, seri atau kalah dalam setiap perlawanan dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Tahukah
anda?
Jumpa lagi...
Saturday, 25 November 2023
Keluhan dan Rintihan
Keluhan Dan Rintihan
Rindu hati padamu
Duhai kasihku duhai sayangku
Cintaku hanya padamu
Tiap malam terbayang
Duhai kasihku duhai sayangku
Merintih pagi dan petang
Jangan engkau mengeluh
Duhai insan
Jangan engkau merintih
Dan juga kan merintih
Tak ada salahnya diriku ini
Mengenang dirimu sorang....
Monday, 20 November 2023
Kesepian
Kesepian
Sunday, 19 November 2023
Tahukah Anda?
Aku Tertipu
Pabila kau tersenyum
Manis seperti madu
Memikat jiwa kalbu
Alangkah meseranya
Pabila kau tertawa
Manis bibir berkata
Aku jatuh cinta
Apakah janjimu semuanya palsu?
Aku tertipu
Pandai kau berkata, bersumpah setia
Tetapi dusta
Sumpahanku padamu
Tak akan ku kembali
Terseksa ku merindu
Di syurga ku menanti













