Saturday, 9 January 2021

Lintasan Rata Dalam Kenangan

Sesuai dengan perkembangan rel di negara ini, beberapa lintasan rata yang dahulunya sangat penting, kini sudah tiada dari pandangan mata.

Bermula dengan lintasan rata di sekitar Lembah Kelang diikuti dengan lintasan rata di sepanjang laluan Padang Besar - Butterworth - Rawang dan laluan Seremban - Gemas, kini lintasan rata di laluan Gemas - Johor Bahru pula ditamatkan operasinya dan dibongkar bagi memberi ruang kepada pembinaan landasan berkembar elektrik Gemas - Johor Bahru.

Tidak dapat dinafikan juga terdapat beberapa landasan rata di Laluan Gemas - Tumpat yang telah ditamatkan operasinya samada telah dibina jejantas jalanraya di kawasan tersebut atau tutupnya sesebuah kilang, ladang atau sebagainya.

Kita tinjau lintasan rata yang kini sudah tidak beroperasi lagi pada hari ini.

Lintasan rata yang ditutup bagi projek landasan berkembar:

Bukit Tengah
Pondok Tanjung
 
Penanti
 
Tampin
 
Tasek Gelugor

 Lintasan rata yang ditutup kerana sisian tidak beroperasi:

Kerdau - Ladang Bee Yong
 
Rengam - Sisian Lee Rubber

Lintasan rata yang ditutup kerana telah dibina jambatan jalanraya di kawasan berhampiran:

Merapoh
 
Kuala Kangsar

Lintasan rata yang dibina telah banyak berjasa kepada penduduk setempat kerana ianya telah menghubungkan kawasan kampung dan bandar.

Dengan adanya juga lintasan rata di kilang-kilang dan ladang-ladang, hasil barangan serta hasil ladang dapat dipasarkan.

Sesungguhnya. ketiadaan lintasan rata adalah sesuatu kekurangan apabila kita menaiki keretapi ibarat makan nasi tanpa sambal belacan. 

Friday, 8 January 2021

Nama Gelaran Kelab Liga Inggeris

Hari ini aku kongsikan bersama kalian nama-nama gelaran bagi kelab-kelab bolasepak yang bermain dalam liga di England.

Ada juga nama gelaran yang tidak digunakan pada ketika ini seperti contoh pasukan Brighton & Hove Albion FC yang kini menggunakan nama gelaran 'The Seagulls' atau 'The Albion'. 



Sunday, 3 January 2021

Malayan Railway Working Time Table 1947

Salam Sejahtera

Pada hari ini aku ingin kongsikan bersama kalian 'Malayan Railway - Working Time-Table (TO BE IN FORCE FROM 1st DECEMBER 1947).

Di dalam 'folder' ini mengandungi antaranya senarai stesen/perhentian beserta dengan nombor koda, jarak antara stesen/perhentian,  jadual perjalanan tren dan kedudukan platform sesebuah stesen.













 

Bagi laluan Taiping - Port Weld - Taiping, jarak antara Stesen Taiping dan Stesen Port Weld adalah 7.39 batu dan jarak pada tiang telegraf adalah TT 7/6. 

Untuk pengetahuan kalian, pada masa itu laluan antara Mentakab dengan Sungei Kusial tidak boleh dilalui kerana landasan dan beberapa jambatan penting masih belum dibaiki. Laluan tersebut dibuka semula secara berperingkat dan akan diceritakan pada masa akan datang.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Saturday, 2 January 2021

Peta Keretapi Tahun 1943

 Berikut aku kongsikan dengan kalian di luar sana Peta 'Railways of Malaya' keluaran November 1943.












Semoga memberi manfaat kepada semua yang menggunakan peta tersebut sebagai rujukan.

Source: National Archives of Singapore.

Thursday, 31 December 2020

Selamat Tahun Baharu 2021

 SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

SEMOGA TAHUN BAHARU INI AKAN MEMBAWA 

LEBIH BANYAK KEBAIKAN UNTUK KITA SEMUA.

 



Wednesday, 30 December 2020

Senarai Perhentian Keretapi Tahun 1973.

Berikut adalah senarai perhentian (halt) dalam Jajaran Keretapi Tanah Melayu pada tahun 1973.

Alma (Telah Ditutup)

Alor Belat (Telah Ditutup)

Ampang Factory (Telah Ditutup)

Aur Gading (Telah Ditutup)

Bakap (Telah Ditutup)

Batang Ridan (Telah Ditutup)

Batu Sembilan (Telah Ditutup)

Beluru (Telah Ditutup)

Bertam Bharu (Dinaiktaraf menjadi Stesen)

Bukit Pinang (Telah Ditutup)

Changkat Patai (Telah Ditutup)

Chegar Bongor (Telah Ditutup)

Chembong (Telah Ditutup)

Chengkau (Telah Ditutup)

Chicha Tinggi (Masih Digunakan)

Chikus (Telah Ditutup)

Connught Bridge Power Station (Telah Ditutup)

Dura (Telah Ditutup)

Gadong (Telah Ditutup)

Gua Chempadak (Telah Ditutup)

Gual Sitok (Telah Ditutup)

Ipoh Road (Telah Ditutup)

Jarak (Telah Ditutup)

Jelatok (Telah Ditutup)

Jelempok (Telah Ditutup)

Jenderak (Telah Ditutup)

Kampong Machang (Telah Ditutup)

Kampong Paloh Rawah (Telah Ditutup)

Kelawar (Telah Ditutup)

Keru (Telah Ditutup)

Kuala Gris (Masih Digunakan)

Kuala Neroh (Telah Ditutup)

Limau Purut (Telah Ditutup)

Londah (Telah Ditutup)

Lubok Batil (Telah Ditutup)

Mai (Telah Ditutup)

Mata Ayer (Telah Ditutup)

Megat Dewa (Telah Ditutup)

Mentara (Telah Ditutup)

Padang Piol (Telah Ditutup)

Pantai (Telah Ditutup)

Pedas (Telah Ditutup)

Petaling Jaya (Telah Ditutup)

Pudu Ulu (Telah Ditutup)

Sibar (Telah Ditutup)

Sungei Belengu (Telah Ditutup)

Sungei Bidal (Telah Ditutup)

Sungei Dalam (Telah Ditutup)

Sungei Dua (Telah Ditutup)

Sungei Kemudu (Telah Ditutup)

Sungei Kerawai (Telah Ditutup)

Sungei Korok (Telah Ditutup)

Sungei Renggam (Telah Ditutup)

Telang (Telah Ditutup)

Tekal (Telah Ditutup)

Telok Pulai (Masih Digunakan)

Titi Tinggi (Telah Ditutup)

 

Senarai perhentian samada masih digunakan atau telah ditutup atau telah dinaiktaraf adalah berdasarkan jadual tren tahun 2021 yang telah dikeluarkan oleh KTMB.

Berikut adalah pautan untuk jadual perjalanan Tren Antarabandar bermula 1hb Januari 2021

Dapatkan tiket keretapi anda sekarang di http://bit.ly/37UabRf  atau KTMB Mobile.📱 

KTMB Tetap Perjalananku

Tuesday, 29 December 2020

Sisian Tahan Iron Mines

Sisian Tahan Iron Mines ini terletak dalam landasan gegelong Stesen Sungai Temau, Jajaran Pantai Timur. Jiran Stesen Sungai Temau adalah Stesen Chegar Perah di sebelah selatan dan Stesen Merapoh di sebelah utara. 


Ianya bercabang dari TT 168/20 sebelah kiri sisian gegelung Stesen Sungai Temau arah tren naik.


Panjang sisian ini adalah 218 kaki dan mula dibuka kepada trafik pada 18 November 1964. Terdapat satu landasan utama dan dua landasan gegelung di penghujung sisian ini tempat untuk memunggah masuk bijih besi.


Biasanya tren turun akan melansir di sisian ini. Jika ada gerabak yang dibawa oleh tren naik, ianya akan diputuskan di Stesen Merapoh dan akan disambung dengan mana-mana tren barang turun yang bersesuaian.

Tiada jadual khusus untuk tren masuk dan keluar ke sisian ini.


Tiada tren penumpang yang berhenti di sini. Tren penumpang hanya akan berhenti di Stesen Sungai Temau dan di stesen inilah para pekerja lombong dan keluarga akan menaiki tren untuk  pergi ke mana-mana.

 

Kita lihat peninggalan kepada sisian ini.

Bekas tapak landasan

Kesan batu balas masih boleh kelihatan

Bekas jambatan keretapi

Penghujung sisian yang agak luas dan boleh memuatkan satu landasan utama dan dua landasan gegelong. 
 
 Jumpa lagi di lain episod.