Umum mengetahui bahawa landasan keretapi yang pertama di Malaysia adalah landasan di antara Taiping dan Kuala Sepetang, yang dibuka pada tahun 1885. Tetapi adakah anda tahu bahawa landasan keretapi yang pertama sekali dibina adalah di Johor menghubungkan Tanjung Puteri dengan Gunung Pulai?
Pada 21 Julai 1869, Sultan Johor pada masa itu, Maharaja Abu Bakar telah mengisytiharkan pembukaan Keretapi Johor di Johor Bahru dengan meletakkan landasan dalam satu upacara yang dihadiri oleh penduduk setempat dan warga Eropah. Bahagian pertama peringkat percubaan ini adalah pembinaan landasan sejauh 20 batu menuju Gunung Pulai. Landasan keretapi ini diperbuat daripada kayu. Kayu pelapik (sleeper) diperolehi dari dalam hutan tempat landasan itu dibina.
Tidak terdapat sebarang terowong di laluan ini. Tidak pula diketahui mengapa projek jalan keretapi ini terbengkalai. Menurut laporan yang dikeluarkan dalam tahun 1889, landasan keretapi Johor Bahru – Gunung Pulai ini telah musnah dimakan anai – anai.
Dengan itu berakhirlah riwayat perkhidmatan keretapi yang pertama dicuba di Semenanjung Malaysia.
Hahaha... ayat akhir tu bro..kelakar lah...
ReplyDeleteNi.. sya sampai sekarang nak cari maklumat pasal pembinaan landasan Mersing ke Kuantan tu..sekitar 1921.. terbengkalai ke? ape ke.. kalau da mula, mesti ade bekas trackbed dia..
Ade ke pembinaan landasan Mersing Kuantan??
ReplyDelete