Saturday 20 June 2009

Jadual Perlawanan Musim 2009/10

Jadual perlawanan bolasepak Liga Bahagian Satu Inggeris (bersamaan liga Bahagian 3 sebelum adanya Liga Perdana Inggeris) telah pun dikeluarkan secara rasmi pada 16 Jun yang lalu.

Pasukan Brighton & Hove Albion akan memulakan kempen di tempat sendiri (Stadium Withdean) menentang Walsall pada hari Sabtu, 8 Ogos 2009 jam 3 petang (jam 11 malam waktu Malaysia).

Ini diikuti dengan perlawanan pusingan pertama Piala Liga di tempat lawan pada hari Selasa, 11 Ogos 2009. Brighton & Hove Albion akan berkunjung ke Vetch Field untuk menentang pasukan tuan rumah, Swansea City.

Manakala pada hari Sabtu, 15 Ogos 2009 pasukan Brighton & Hove Albion akan bertandang ke Griffin Park untuk menentang pasukan Brentford.

Saya dan juga semua penyokong pasukan 'The Seagulls" ini berharap agar pasukan Brighton & Hove Albion akan mencapai kejayaan yang lebih baik daripada musim yang lepas. Moga dengan adanya pengurusan yang baik dan sokongan daripada pemilik kelab (Tony Bloom), Brighton & Hove Albion dapat mengekalkan prestasi sepanjang musim dan naik ke Liga Kejuaraan pada musim akan datang.

" GO BRIGHTON GO "

No comments:

Post a Comment