Thursday 13 August 2009

Naik Keretapi Dari Butterworth Ke Tanjung Malim

Aku dah lama benar tak menaiki keretapi. Pada awal Ogos yang lalu, aku nekad aje untuk mengejar keretapi. Alhamdulillah, aku dapat Tren Nombor 1 (ER/1) iaitu Tren Ekspres Rakyat dari Butterworth ke Tanjung Malim.

Ramai juga penumpang yang menaiki tren ini, maklumlah hari cuti hujung minggu.

Mari kita lihat sebahagian daripada gambar yang dapat aku rakamkan di sepanjang perjalanan yang diselubungi keadaan cuaca yang tidak menentu.

Stesen Butterworth

Yad Perai


Stesen Bukit Tengah


Stesen Bukit Mertajam


Stesen Simpang Ampat


Stesen Parit Buntar


Stesen Bagan Serai


Stesen Bukit Merah


Stesen Taiping


Stesen Bukit Berapit


Stesen Padang Rengas


Stesen Kuala Kangsar


Kilang Simen CIMA, Kanthan


Stesen Chemor


Stesen Tanjung Rambutan


Signboard Lama Stesen Tasek


Yad Ipoh


Stesen Ipoh


Yad Lahat


Depot Batu Gajah


Stesen Batu Gajah


Stesen Kampar


Pekan Banir


Stesen Tapah Road


Stesen Tanjung Malim

5 comments:

  1. xsngka tasek pun ada stesen keretapi ye..

    ReplyDelete
  2. Ada..... kegunaannya untuk mengendalikan tren - tren barang (simen) dari Kilang Simen Tasek (TCB). Selain daripada itu membantu Yad Ipoh mengawal kemasukan tren yang banyk pada satu - satu masa.

    ReplyDelete
  3. guna lence berapa mm?

    ReplyDelete
  4. Dulu, Stesen Tasek jugak turut mengendalikan beraneka jenis trafik barang selain daripada Keluaran Simen (Simen Portland Biasa, Simen Penampal/Masonry, Simen Cepat Keras, dan Simen Portland Komposit) Pukal dan Kampit keluaran Tasek Cement Corporation Berhad. Trafik-trafik tersebut merangkumi Minyak Diesel dan Gas Petroleum Cecair (LPG) milek Exxon Mobil yang diangkut dari Tanjung Tin/Port Dickson, Atap dan Bumbung Asbestos keluaran United Asbestos Cement Berhad (UAC), Batu Gipsum dari Ban Song, Negara Thai dan Minyak Bahan Api SHELL dari Tanjung Tin/Port Dickson untuk penghasilan simen Tasek Cement, Kayu Balak untuk Boon and Cheah selain Papan Lapis dan Kayu Gergaji keluaran syarikat, dan Minuman Keras oleh Chemical Industries of Malaya (CIM). Tidak ada apa-apa tinggal di Tasek kecuali Trafik Simen Portland Biasa dan Komposit Pukal Tasek Cement Corporation Berhad ke Sungai Buloh.

    ReplyDelete