Sunday 25 October 2009

Lawatan Pelajar - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China, Melaka

Pada hari Sabtu dan Ahad lepas (24 dan 25 Oktober 2009), seramai 43 warga Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China (SMKLC), Melaka telah berkunjung ke Teratak Bait Al - Amin. Mereka terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 dengan diiringi oleh guru - guru yang bijaksana.
Berbagai aktiviti telah diadakan sepanjang berada di Bait Al - Amin antaranya menari tarian poco - poco di bawah sinaran matahari petang yang terik.
Ini diikuti pula dengan acara sukaneka bersama anak - anak Bait Al - Amin Selesai acara sukaneka, para penuntut SMKLC mengadakan pula acara hiburan berupa persembahan sketsa, bacaan sajak, nyanyian dan macam - macam lagi
Alamak.... cikgu pun ke dapur jugak?
Hari kedua warga SMKLC di Bait Al - Amin dimulakan dengan acara senamrobik. Yang menariknya, ada yang bersenam pakai selipar aje.....
Sesudah acara senamrobik, acara gotong royong membersihkan kawasan persekitaran telah diadakan.
Seperti sebelumnya, tiap yang bermula pasti ada penghujungnya. Begitu juga dengan kunjungan dari warga SMKLC ini. Ayah Lan saja yang nampak muka sewaktu upacara penutup kerana Abi rasanya sibuk di dapur.
Anak - anak Bait Al - Amin bergambar kenangan dengan kawan - kawan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Cina. Kalau ada masa, datanglah lagi
Saat yang tragis, ada yang nangis sewaktu warga SMKLC menaiki bas meninggalkan Teratak Bait Al - Amin. Sebelum tu, ada yang sempat bertukar - tukar cenderahati, ada pula yang bergambar kenangan dan ada juga yang khabarnya bertukar - tukar email add!

4 comments:

  1. wahh,,
    best'y,,
    d'bwh kelolaan ckgu bahaman..

    ReplyDelete
  2. ermmmmm
    mcm mna nak dapatkan majalah skolah smk lubok china?
    saya ni bekas pelajar sekolah ni.....
    plezzzzz

    ReplyDelete