Saturday, 14 November 2009

Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Gemas - Johor Bahru

Akhbar - akhbar tempatan baru - baru ini melaporkan bahawa Kerajaan Malaysia telah menawarkan kontrak kepada negara China bagi melaksanakan pembinaan landasan berkember elektrifikasi antara Gemas ke Johor Bahru.

Kontrak yang dianggarkan bernilai RM7.5b itu adalah untuk menyambungkan landasan yang ada sekarang dengan landasan sepanjang 250 km hingga ke selatan tanahair.

Adalah dipercayai bahawa kerja - kerja pembinaan landasan ini akan dilakukan oleh 'China Railway Engineering' dan ' China Railway Telecommunication Centre'.

Aku tak berapa pasti tentang kesahihan laporan di atas selagi aku belum lihat buktinya. Kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment