Wednesday, 11 November 2009

Projek Landasan Seremban - Gemas

Pelan cadangan projek landasan berkembar antara Seremban ke Gemas telah dikeluarkan.

Secara peribadi aku kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana tiada perancangan untuk membina stesen atau perhentian di beberapa buah tempat yang kini sedang pesat membangun.

Aku tak mahu lihat apabila projek ini siap kelak, baru nak bina stesen atau perhentian tambahan seperti yang terjadi di Landasan Seremban - Rawang.
Cuba kalian teliti peta lama di bawah ini. Apakah tujuan kerajaan membina stesen atau perhentian dalam jarak yang dekat? Ianya tiada lain hanyalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Sepatutnya diadakan stesen atau perhentian di tempat - tempat lama seperti di dalam peta di atas. Pengangkutan bas tidak dapat menampung kehendak penduduk setempat pada masa ini. Jika kalian berkesempatan, naiklah bas dari Seremban ke Tampin menaiki bas Southern dan kemudian ke Gemas menaiki bas General. Bas akan menjadi penuh sesak di sepanjang perjalanan.

Mengadakan stesen atau perhentian sesudah projek ini selesai akan mengakibatkan penggunaan wang yang lebih dan bakal menyusahkan banyak pihak.

Aku amat berharap agar Kerajaan sekarang dapat membina stesen dan perhentian di sepanjang laluan Seremban - Gemas sewaktu projek ini dilaksanakan. Aku bayangkan akan ada perkhidmatan tren local antara Seremban ke Gemas seperti yang dapat kita lihat di laluan Pantai Timur sekarang ini.

No comments:

Post a Comment