Friday, 17 December 2010

TABUNG PEMBINAAN ASRAMA BAIT AL-AMIN

Tabung Pembinaan Satu Blok Dua Tingkat Asrama Bait Al-Amin, meliputi Asrama Puteri, Kantin, Surau dan Perpustakaan. Anggaran kos adalah sebanyak RM300,000.00

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak pentadbir Bait Al-Amin di talian 05-377 3717 atau HP: 017-401 3738 / 013-507 4905. Sumbangan juga boleh disalurkan ke terus melalui akaun Bank Islam Bhd. No.Akaun: 08-013-01-005612-4.

Bersama-samalah kita menyumbangkan sedikit daripada apa yang ada untuk mereka yang memerlukan.

Mutiara Kata

Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji'.

Stesen Keretapi Kalumpang

Stesen Keretapi Kalumpang terletak di Km 309.0 (TP 191/20 atau Batu 192) Landasan Ibu. Berkedudukan di utara stesen ini adalah Stesen Tanjung Malim dan di sebelah selatannya pula adalah Stesen Kerling.
Secara amnya stesen ini terletak di Kampung Sungai Serian, Kalumpang bukannya di tengah-tengah bandar atau pekan seperti stesen – stesen yang lain.
Dahulunya stesen ini mempunyai dua buah platform iaitu Platform 1 sepanjang 378 kaki di sebelah kanan dan Platform 2 juga sepanjang 378 kaki di sebelah kiri landasan. Panjang landasan gelungnya pula adalah 1111 kaki yang berkemampuan untuk menampung 44 unit gerabak.

Walau bagaimanapun, mulai 13 Mei 2002, landasan gelung dan sisian stesen ini dibongkar untuk kerja-kerja Projek Landasan Berkembar Rawang – Ipoh. Mulai tarikh yang sama, semua perselisihan tren tidak dibenarkan di stesen ini.


Akhirnya pada 4 September 2002, Stesen Kalumpang ini telah ditutup sepenuhnya untuk operasi tren.


Stesen Kalumpang yang baru (atau aku lebih suka namakan sebagai Kabin Kalumpang) telah dibuka untuk operasi tren pada 28 Mac 2007.

Tiada peninggalan yang dapat aku rakamkan sewaktu aku berkunjung ke sana baru – baru ini. Cuma yang tinggal hanya beberapa batang pokok pisang peninggalan gang-gang yang pernah menetap di situ.

Pada hari ini tren - tren hanya melalui Kabin Kalumpang tanpa ramai yang tahu betapa pernah suatu ketika dahulu wujudnya sebuah stesen keretapi yang penting.

Thursday, 16 December 2010

Bimbang

BIMBANG

HATI BIMBANG SELALU

BILA BERJAUHAN

KU MERINDUKAN MU

HATI RISAU

DENGAR RAYU LAGU

KU PANGGIL NAMA MU

ANGIN LALU

SAMPAIKANLAH PADANYA

HATI INI TAMBAH PILU

BILA HUJAN TENGAH MALAM

MENGENANG KAU TIADA

BERLINANG AIR MATA

KEMBALILAH SAYANG

HATI KU TAK SENANG

JANGAN DIBIARKAN

HATI BIMBANG

Pas Harian

Bagi kalian yang minat untuk mengembara dengan menaiki keretapi, KTM Komuter ada menyediakan satu tiket khas yang dikenali sebagai Pas Harian.

Jika kalian membeli Pas Harian ini, kalian bebas untuk menggunakan mana - mana perkhidmatan KTM Komuter samada bagi Sektor Seremban hingga ke Tanjung Malim mahupun Sektor Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

Contohnya macam ni. Andai aku tinggal di Seremban, aku akan naik tren komuter di Stesen Seremban dan turun di Stesen Kuala Lumpur untuk bersarapan pagi. Kemudian selepas bersarapan, aku naik lagi tren komuter dan turun di Stesen Batu Caves untuk melawat Gua Batu Caves. Dah puas naik Gua Batu Caves, aku turun dan naik tren komuter untuk membeli belah di Subang Jaya. Lepas habis shopping di Subang Jaya, aku naik lagi tren komuter untuk pergi ke Tanjung Malim. Aku selalu pergi ke Pasar Malam Tanjung Malim yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Akhirnya aku balik ke Seremban semula. Semua itu dengan hanya perlu membeli satu tiket yang berharga RM 12.00.

Pada awal mula perkhidmatan KTM Komuter, Pas Harian ini dikenali sebagai Tiket Mana-Mana yang dijual pada harga RM5.00 untuk orang dewasa dan RM2.50 untuk kanak-kanak.

Kemudian ianya ditukar menjadi Tiket Kembara dan harganya dinaikkan menjadi RM10.00 untuk dewasa. Malangnya aku tak berapa ingat ada lagi beberapa nama tiket ini sebelum ia dikenali dengan nama sekarang.

Hari ini ianya ditukar lagi namanya menjadi Pas Harian, tetapi fungsinya masih sama iaitu memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia ataupun pelancong asing menjelajah ke mana-mana tempat yang mempunyai perkhidmatan KTM Komuter. Bagi aku, ini adalah satu lagi khidmat masyarakat daripada kerajaan untuk semua rakyat terutama yang berpendapatan rendah untuk membawa keluarga bersiar-siar sambil menaiki keretapi. Ianya menjimatkan dan kalian akan berasa selesa sepanjang hari walaupun terpaksa turun naik keretapi sepanjang satu hari.

Terima kasih KTM Komuter!!!

Lawatan Ke Kilang Kopi

Pada cuti minggu lepas, aku berkunjung ke sebuah tempat untuk memproses kopi yang terletak tidak jauh dari rumah keluarga aku di Baling, Kedah.

Inilah rupanya Bengkel Kopi Tumbuk Wadira Bongor
Sewaktu aku sampai, ramai kaum ibu sedang bekerja
Begini rupanya cara menumbuk kopi
Semuanya kaum ibu. Kaum bapa tak minat ker?
Kopi yang telah ditumbuk
Kopi sebelum ditumbuk
Kalau kerja di tempat menumbuk kopi, minuman yang disediakan pun kopi panas...
Begitulah caranya kaum ibu di Kampung Teluk Sungai Durian, Bongor, Baling mengisi masa lapang. Selain daripada dapat menambah pendapatan, tradisi menumbuk kopi ini terus dikekalkan.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, datanglah sendiri ke bengkel ini yang terletak tidak jauh dari Pekan Baling, Kedah.

Perhentian Komuter Batu Kentonmen

Di dalam jajaran cawangan Batu Caves terdapat Stesen Sentul, Perhentian Batu Kentonmen, Perhentian Kampung Batu, Perhentian Taman Wahyu dan Stesen Batus Caves.

Pada 16 Mei 2010 sewaktu membicarakan tajuk Stesen dan Perhentian (Bahagian 6), aku telah menulis serba sedikit tentang semua stesen dan perhentian di atas kecuali Perhentian Batu Kentomen.

Pada kesempatan ini aku akan memperkenalkan pula Perhentian Batu Kentonmen kepada kalian bagi melengkapkan gambaran kalian tentang jajaran Cawangan Batu Caves yang sebelumnya hanya dikenali sebagai laluan tren simen ke Sisian PHS Batu Caves.

Perhentian Batu Kentonmen terletak di KM 3.550. Sebelum perhentian ini adalah Stesen Sentul (KM 1.386) dan selepas perhentian ini adalah Perhentian Kampung Batu (KM 4.500). Perhentian ini diwujudkan sewaktu Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Sentul - Batu Caves.

Pemandangan dari simpang masuk ke kawasan perhentian

Gambaran dari kawasan meletak kenderaan

Menuju ke pintu masuk utama perhentian

Papantanda Perhentian Batu Kentonmen

Persekitaran perhentian yang bersih dan teratur

Jika menaiki tren komuter menuju ke Batu Caves, sebelum tiba di perhentian ini kalian akan dapat melihat satu sisian buntu yang dibina bagi membolehkan tren beroperasi di Sisian Depoh Batu Kentonmen

Tuesday, 14 December 2010

sesejuk malam ini

senja yang berlabuh tadi
meninggalkan aku sendirian
di kala ufuk merah kian kelam di balik langit
aku terus termanggu
mencari
memanggil
menunggu
insan yang pernah aku sayangi
ke manakah menghilangnya dia
bersembunyi atau disembunyikan
pulanglah
jangan biarkan aku menjadi dingin
sesejuk malam ini......

Perkhidmatan ETS

Mulai 1 Oktober 2010, perkhidmatan ETS telah ditambah menjadi 16 perkhidmatan sehari iaitu 8 Tren Naik dan 8 Tren Turun.

Perkhidmatan ETS itu pula terbahagi kepada dua kategori iaitu Tren ETS Ekspres dan Tren ETS Transit (lebih kurang sama macam perkhidmatan ERL).

Perkhidmatan Ekspres dan Transit ini diadakan setiap hari termasuk pada hari cuti.

Jadual lengkap perjalanan Tren ETS adalah seperti di bawah ini.
Bersama - samalah kita memajukan lagi industri perkeretapian di negara ini.

Sesungguhnya Kerajaan Malaysia telah berbelanja dengan begitu besar sekali untuk menyediakan kemudahan awam kepada rakyat Malaysia.

Kita patut bangga dengan apa yang ada di negara ini.

Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)


Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Keputusan Perlawanan Pasukan Brighton & Hove Albion

Salam buat semua. Dah lama benar aku menyepi, bukan kerana tidak sihat tetapi banyak perkara yang menjadi keutamaan perlu diselesaikan dengan segera.

Tapi, aku ambil masa yang singkat ini untuk mengemaskini apa yang terlintas di kotak fikiran aku ini.

20 November 2010 - Brighton..2 Bristol Rovers..2 (Liga 1 nPower)
23 November 2010 - Southampton..0 Brighton..0 (Liga 1 nPower)
27 November 2010 - Brighton..1 FC United of Manchester..1 (Piala FA Pusingan Kedua)
08 Disember 2010 - FC United of Manchester..0 Brighton..4 (Piala FA Pusingan Kedua - Ulangan)
11 Disember 2010 - Huddersfield Town..2 Brighton..1 (Liga 1 nPower)

Kini Brighton sedang mendahalui Liga 1 nPower dengan mengutip 36 mata daripada 19 perlawanan. Pasukan di tangga kedua adalah Sheffield Wednesday yang mengutip 33 mata daripada 20 perlawanan.

Perlawanan seterusnya dalam Liga 1 nPower adalah menentang Notts County di Stadium Withdean pada 17 Disember 2010.

Sementara itu, Brighton juga telah layak ke Pusingan Ketiga Piala FA England menentang pasukan Portsmouth di Stadium Withdean pada 8 Januari 2011.

Wednesday, 17 November 2010

Membeli Belah Di Pengkalan Kubor, Kelantan

Aku sebenarnya bukanlah kaki shopping, tapi bila ada kesempatan macam ni, aku suka untuk berkunjung ke tempat - tempat seperti di Pengkalan Kubor, Tumpat ni.

Sedikit info tentang Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor, Tumpat
Aku rasa semua jenis barang ada dijual di sini
Baju bola bersepah, pilih aje nak yang mana satu
Ini pula beg yang sesuai dijadikan cenderahati
Salah sebuah gerai buah
Nak cari pakaian? Cari kat area sini
Di sini area barangan pelbagai
Harga yang berpatutan, nak murah tawarlah sendiri
Moga dapat datang lagi ke sini pada masa akan datang

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1431 HIJRAH

Bersemperna Kedatangan Aidiladha Tahun Ini
Kami Tenaga Pentadbir Dan Anak-anak Yatim/Miskin Bait Al-Amin Ingin Mengambil Kesempatan Untuk Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Buat Semua Muslimin Dan Muslimat Terutama Mereka-mereka Yang Telah Banyak Membantu Kami Selama Ini.

"SALAM AIDILADHA 1431 HIJRAH"

Salah Siapakah Ini?

Membela haiwan ternakan seperti lembu ataupun kambing amatlah digalakkan oleh kerajaan. Selain dapat membantu dari segi ekonomi pembelanya, ia juga bagus kepada alam sekitar.

Para pengguna jalanraya selalu diingatkaa supaya sentiasa berhati-hati dan tidak melanggar haiwan tersebut. Jika di waktu siang, mungkin kemalangan boleh dielakkan. Tetapi jika di waktu malam, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Siapakah yang harus disalahkan sekiranya haiwan-haiwan tersebut tidak dijaga dengan sempurna dan dibiarkan berkeliaran di sepanjang jalanraya?

Kalian lihatlah sendiri betapa 'meriah'nya lembu-lembu dan kambing-kambing dalam gambar di bawah ber'pesta' di sepanjang jalan raya. Tidakkah ini menyusahkan pengguna jalanraya?
.

Makan, Makan Dan Makan

Makanan ini sama seperti rojak cuma ditambah dengan ayam goreng di atasnya. Rasanya pedas tapi begitu menyelerakan. Aku suka makanan seperti ini. Kalau tak silap namanya Colek Ayam.

Ini yang aku pesan

Teh 'O' dan segelas ais kosong

Aik... ais kosong dua gelas?

Sampai licin aku makan

Pantai Irama, Bachok, Kelantan

Sejenak di Pantai Irama, Bachok, Kelantan