Wednesday, 24 February 2010

Charlton Athletic..1 Brighton..2

Tiga mata berharga dapat dipungut oleh pasukan Brighton dalam kunjungan ke The Valley apabila menumpaskan pasukan tuan rumah Charlton Athletic 2 - 1 dalam perlawanan Liga Coca Cola Bahagian Satu yang berlangsung pada 23 Feb yang lalu.

Gol pasukan Brighton adalah hasil jaringan Inigo Calderon (minit ke-36) dan Elliott Bennett (minit ke-78).

Pengurus pasukan, Gus Poyet telah membuat dua pertukaran daripada kesebelasan utama yang seri 1 - 1 ketika menentang Leeds United pada hari Sabtu lepas.

Nicky Forster kembali menguatkan jentera serangan, menggantikan Glenn Murray yang mengalami demam. Adam El-Abd juga bermain buat pertama kali sejak mengalami kecederaan pada bulan Disember, menggantikan Adam Virgo yang digantung perlawanan di bahagian pertahanan.

Sementara itu, pemain muda Steve Cook disenaraikan sebagai pemain simpanan buat pertama kalinya musim ini, dan Jimmy McNutty turut tersenarai sebagai pemain simpanan.

Seramai 17,508 penonton melihat pasukan Charlton rebah di gelanggang sendiri. Dengan keputusan ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke 18 liga dengan memungut 34 mata daripada 32 perlawanan.

Albion: (4-5-1) Brezovan; Calderon, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro, Dicker, LuaLua (Hart 71); Forster Holroyd 57). Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), McNulty, Cook, Carole, Hoyte.

No comments:

Post a Comment