Sunday, 30 May 2010

Jepun..1 England..2

Dua jaringan sendiri oleh pemain Jepun menyelamatkan pasukan England daripada mendapat malu besar dalam perlawanan persahabatan terakhir menjelang Pusingan Akhir Piala Dunia di Afrika Selatan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di UPC Arena, Graz, Austria itu, England hanya mampu menang 2-1. Gol - gol England adalah jaringan sendiri Markus Tulio Tanaka pada minit ke-72 dan Yuji Nakazawa pada minit ke-83.

Tom Huddlestone (baju merah) kelihatan mengasari Shinji Okazaki
Jepun telah mendahului England 1 - 0 sebaik separuh masa pertama tamat menerusi jaringan Markus Tulio Tanaka pada minit ke-7.

Seramai 15,326 orang peminat bolasepak telah hadir menyaksikan barisan pemain England yang tidak bermaya sepanjang perlawanan.

England: James (Hart m45); Terry, Ferdinand, Cole, Glen Johnson (Carragher m45); Lampard, Huddlestone (Gerrard m45), Lennon (Heskey m77); Walcott (Wright-Phillips m45), Rooney dan Bent (Cole m45). Pemain simpanan yang lain: Green, Crouch, Parker, Carrick, Defoe, Upson, Dawson, Baines, Warnock, Milner dan Adam Johnson.

No comments:

Post a Comment