Saturday, 22 May 2010

Konsep Kejayaan Menurut Perspektif Islam (Bahagian 3)

Dalam ayat sebelum ini menjelaskan bahawa agama yang membawa kejayaan hidup adalah agama yang lurus, betul, agama tauhid, yang mengajar pemeluknya agar beribadat kepada Allah semata - mata menjadikan sembahyang, ibadah dan perbuatan kebajikan, hidup dan mati seluruhnya untuk Allah. Inilah sebesar - besar kejayaan seseorang di dalam hidupnya.

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman yang maksudnya:
“Katakanlah (Wahai Muhammad) "Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu; iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun, dan janganlah pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang - orang yang dipuja dan didewa - dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka:'Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami ialah orang - orang Islam.”
(Surah Ali Imran Ayat 64)
Demikianlah ditegaskan oleh ayat di atas bahawa ketaatan dan kepatuhan mutlak hanyalah untuk Allah. Ibadah semata - mata untuk Allah. Tanpa ibadah, bererti gagal!

No comments:

Post a Comment