Friday, 14 May 2010

Stesen Dan Perhentian (Part 5)

Salam Sejahtera.



Seluruh jajaran landasan ibu dari Butterworth ke Johor Bahru telah dilawati pada siri - siri yang lalu. Pada siri kali ini, kalian akan dibawa untuk meninjau jajaran Kedah/Perlis bermula dari Penanti hingga ke Padang Besar. Panjang landasan cawangan ini adalah 157.8 kilometer.

Stesen Penanti Perhentian Jarak
Stesen Tasek Gelugor
Perhentian Kubang Menerong (sekarang)
Perhentian Kubang Menerong (dahulu)
(Gambar oleh Benny Ooi)
Stesen Pinang Tunggal (sekarang)
Stesen Pinang Tunggal (dahulu)
(Gambar oleh Benny Ooi)Stesen Sungai Petani
Stesen Bedong (sekarang)
Stesen Bedong (dahulu)
(Gambar oleh Benny Ooi)
Perhentian Sungai Toh Pawang (sekarang)
Perhentian Sungai Toh Pawang (dahulu)
(Gambar oleh Benny Ooi)
Sisian Malayan American Plantation (sekarang)
Sisian Malayan American Plantation (dahulu)
(Gambar oleh Benny Ooi)
Stesen Gurun (sekarang)
Stesen Gurun (dahulu)
(Gambar dipinjam dari http://memori-kedah.net/)
Perhentian Guar Chempedak
(Gambar oleh Benny Ooi)
Stesen Junun
Perhentian Bukit Pinang
(Gambar oleh Benny Ooi)
Perhentian Kobah (sekarang)
Perhentian Kobah (dahulu)
(Gambar oleh Benny Ooi)
Perhentian Tokai (sekarang)
Perhentian Alor Belat
Stesen Alor Star
Stesen Anak Bukit (sekarang)
Stesen Anak Bukit (dahulu)
(Gambar dipinjam dari http://memori-kedah.net/)
Perhentian Sungai Korok
(Gambar oleh Benny Ooi)
Stesen Tunjang
Perhentian Megat Dewa
Stesen Kodiang
Perhentian Jelempok
(maaf, tiada gambar dalam simpanan)

Stesen Arau
Stesen Mata Ayer
(maaf, tiada gambar dalam simpanan)

Stesen Bukit Ketri
Perhentian Kubang Tiga
(maaf, tiada gambar dalam simpanan)

Perhentian Titi Tinggi
(maaf, tiada gambar dalam simpanan)

Stesen Padang Besar
Demikianlah adanya serba sedikit gambaran tentang stesen dan perhentian yang terdapat di sepanjang laluan dari Penanti ke Padang Besar ini. Sekarang landasan cawangan ini sedang dinaiktaraf untuk menjadi landasan berkembar elektrifkasi.

8 comments:

  1. Gambar-gambar yang menarik...!

    ReplyDelete
  2. Tahniah, tuan telah merakamkan satu kenangan yg sukar dicari.

    ReplyDelete
  3. tahniah, mengimbau kenangan naik keretapi dulu dulu

    ReplyDelete
  4. interesting photo, Alor Belat railway stop in memory

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana gambar gambar stesen keretapi.. terutama stesen keretapi Alor Belat .. banyak meninggalkan kenangan manis dimana keretapi adalah pengangkutan utama kami penduduk kampung di awal tahun 60an hingga 70an.
    Masa dulu, setiap kali nak ke Alor Setar, kami akan tunggu keretapi di stesen Alor Belat . Keretapi pertama ke Alor Setar ialah jam 9:00 pagi dan keretapi paling lambat untuk balik dari Alor Setar ialah pukol 6:60 ptg .. kalau terlepas ,, bermakna terpaksa menapak kaki ..

    Bila masa kemarau pulak, keretapi menjadi sumber air yg diberikan secara percuma oleh pemandu keretapi ..( pada masa dulu kepala keretapi menggunakan stim -air panas) ..

    ReplyDelete
  6. Rajin tuan mengumpulkan gambar stesen keretapi dulu2. saya kerap guna perkhidmatan pengangkutan ni masa kecik2 dulu sebab masa tu keretapi adalah satu2nya cara penduduk kpg saya mau ke luar kpg. kalau berbasikalpun kena kongsi dgn keretapi di jalan tepi landasan tu. sekarang masa dah berubah. tu pun ambil masa hampir 50 tahun nak dapat jalan tar mini. tapi sekarang tar mini tu dah rosak berlubang sana sini. agaknya nak tunggu menjelang PRU baru nak baiki sebab mau tunjuk kata pentadbir tu baik.

    ReplyDelete
  7. saya memang menghafal nama stesen2 ini dari bukit mertajam ke padang besar kerana saya berulang alik masa cuti sekolah dari tahun 1963 hingga 1967 disember. ketika itu bapa saya tinggal dan bertugas di padang besar dalam pasukan PSSG cawangan dari PDRM bagi mengawal sempadan. ketika itu keretapi yg digunakan adalah jenis thomas kepala hitam.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana merakamkan gambar yang sangat bernilai ini. Sudah tentu kita takkan dapat melihat lagi keindahan stesen lama seperti gambar2 ini di sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete