Friday, 9 July 2010

Hindari Sifat iri Hati Dan Dengki Dalam Diri

Ramai di kalangan manusia yang gagal untuk mengelakkan diri dari sifat dengki dan iri hati. Perasaan dengki mungkin timbul terhadap rakan yang baru dinaikkan pangkat, kepada jirannya yang mempunyai kereta baru, iri hati terhadap teman yang anaknya mendapat kelulusan yang terbaik dalam peperiksaan atau pelbagai perasaan dengki yang lain. Persoalannya mengapa sifat dengki ini sering menguasai diri manusia?

Rasa dengki atau iri hati ini sebenarnya timbul dalam diri seseorang apabila orang lain mendapat nikmat atau kelebihan tertentu. Apabila terdapatnya nikmat atau sesuatu yang menguntungkan, wujudlah dua sikap manusia:

Pertama, ia benci terhadap nikmat yang diterima oleh kawannya, dan apabila nikmat tersebut hilang dari diri rakannya. Sifat inilah yang dikatakan hasad dengki atau iri hati.

Kedua, seseorang itu tidak berniat untuk menghilangkan nikmat yang dikecapi oleh rakannya. Tetapi ia berusaha keras untuk memperolehi nikmat seperti itu, sifat ini disebut keinginan dan tidak berniat memusnahkan hak orang lain. Sifat yang kedua ini dibolehkan dalam Islam sedangkan sifat yang pertama dilarang oleh Islam.

(bersambung)

No comments:

Post a Comment