Tuesday, 6 July 2010

Semangat Kejiranan

Semangat kejiranan adalah satu semangat yang patut kita terap walau di mana jua kita berada. Tak kiralah samada di bandar mahupun di desa, semangat kejiranan perlu ada dalam diri seseorang baik masa suka ataupun duka.

Bertempat di Kampung Padang Cicar, Batu 7, Jalan Kroh, Baling pada 3 Julai yang lalu telah berlangsung Majlis Persandingan Ayu dan Epol. Suasana meriah kerana kehadiran hampir semua penduduk kampung, sama-sama bergotong royong menjayakan majlis ini.

Kaum ibu sedang menyediakan kerabu pucuk paku
Makcik ni sedang membuat kerabu perut
Lauk kegemaran kami sekampung - Masak Kari Daging Lembu Campur Batang Pisang
Warga tua yang mahir memasak
Setalam hidangan untuk tetamu yang hadir
Yang muda dan yang berusia, sama-sama berganding bahu melayan tetamu
Anak-anak juga tak ketinggalan buat sibuk
Geng cuci mencuci pinggan mangkuk
Geng buat air...
Selamat Pengantin Baru buat Ayu & Epul moga kekal hingga ke akhir hayat

1 comment:

  1. rindu suasana kenduri kampung dgn kesibukan sanak saudara dan mentara utk siapkan hidangan para tetamu.. semangat kejiranan yang jarang ada di bandar...

    ReplyDelete