Wednesday 29 September 2010

Brighton & Hove Albion..1 Brentford..0

The Seagulls terbang tinggi. Ungkapan yang boleh diberikan pada ketika ini selepas pasukan Brighton & Hove Albion mencatat satu lagi kemenangan di Stadium Withdean pada 28 September 2010 yang lalu. Menang 1 – 0 ke atas pasukan Brentford sudah cukup untuk brighton mengekalkan kedudukan selaku peneraju Liga 2 nPower.

Gus Poyet melakukan tiga perubahan terhadap pasukan yang menang 2 - 1 ketika menentang Oldham Athletic pada hari Sabtu lepas, dengan Fran Sandaza membuat penampilan pertama bersama kesebelasan utama.

Penyerang berasal dari Sepanyol itu, yang menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan hari Sabtu lepas, menggantikan Glenn Murray untuk berpasangan bersama Ashley Barnes.

Matt Sparrow telah membuktikan kecergasan beliau dan mengambil tempat Gary Dicker di bahagian tengah, manakala Radostin Kishishev menggantikan Liam Bridcutt.

Lewis Dunk diletakkan di bangku simpanan mengambil tempat Gordon Greer, yang diberikan cuti khas selepas isteri beliau selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.

Gol tunggal perlawanan adalah jaringan Kazenga LuaLua pada minit ke-78.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton kekal di tangga teratas Liga Satu nPower dengan mengumpulkan 20 mata daripada 9 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Tranmere Rovers di Prenton Park, Tranmere pada hari Sabtu, 2 Oktober 2010.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett, Kishishev (Bridcutt 60), Sparrow (Dicker 54), LuaLua; Barnes, Sandaza (Murray 60). Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Dunk, Baz, Battipiedi.

No comments:

Post a Comment