Friday 5 November 2010

Hai....

Salam buat semua.

Aku minta maaf sebab dah lama benar aku tak mengemaskini blog ini kerana tak punya banyak masa untuk itu dan ini.

Alhamdulillah, akhirnya aku selamat berpindah ke Kuala Lumpur dan telah mula bekerja di Lembah Klang sejak sebulan yang lalu. Oleh kerana sibuk di pejabat pada waktu pagi dan mengemas di rumah pada waktu petang, hampir setiap malam aku tidur awal kepenatan.

Insyallah, mulai saat ini aku akan cuba untuk menyambung kembali aktiviti dalam blog ini.

Terima kasih atas kesabaran dan ingatan kalian terhadap aku. Aku hargai semua itu.

No comments:

Post a Comment