Friday 5 November 2010

Status Terkini - Gangguan Perkhidmatan Tren Di Wilayah Utara

3 November 2010 – Banjir besar yang melanda negeri Kedah dan Perlis masih tidak menunjukkan sebarang perubahan positif. Ekoran kejadian ini, perkhidmatan tren KTM Antarabandar terpaksa dibatalkan pada 3 dan 4 November 2010 (Rabu dan Khamis) di antara kawasan Arau – Tunjang (KM104.0 – KM104.5).

Kedudukan terkini perkhidmatan tren KTM Antarabandar ialah:

a) Ekspres Antarabangsa (Bangkok – Butterworth – Bangkok) – Perkhidmatan dibatalkan;

b) Ekspres Senandung Langkawi (KL Sentral – Hatyai) -Tren ini hanya akan meneruskan perjalanan ke Stesen Alor Setar sahaja dan penumpang boleh menggunakan pengangkutan alternatif yang ada seperti bas dan teksi di Stesen Alor Setar ;

c) Ekspres Senandung Langkawi (Hatyai – Kuala Lumpur) - Perkhidmatan ini dibatalkan namun begitu, penumpang dari Stesen Bukit Mertajam dan mana-mana stesen selepasnya yang menuju ke Kuala Lumpur boleh menaiki tren Ekspres Senandung Mutiara yang berlepas pada jam 11.00 malam di Stesen Bukit Mertajam;

d) Perkhidmatan kargo – Tren ini akan berhenti di Stesen Butterworth sahaja.

Sebarang makluman terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Para penumpang boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan ataupun menukar semula tarikh perjalanan.

No comments:

Post a Comment