Thursday 28 April 2011

Mengapa Tidak Sempat BERDOA?

Perlu kita ketahui bahawa terdapat beberapa faedah dan keistimewaan berdoa:

- Melalui doa seorang Muslim dapat mententeramkan jiwa dan mencurahkan segala harapan serta merasa insaf terhadap kelemahan diri di dunia ini serta menyedari bahawa masih ada lagi yang berkuasa untuk memberi pertolongan.

- Doa merupakan kepala kepada seluruh ibadah.

- Doa boleh membantu menghilangkan penderitaan dan kegelisahan batin serta perasaan putus asa.

- Dikasihi Allah bila selalu berdoa kerana dengan cara itu kita sentiasa menghampirkan diri denganNya.

- Sebagai jalan untuk menambahkan kekuatan iman bila ada tempat bergantung.

- Merupakan salah satu ikhtiar untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

- Doa boleh menguatkan iman, menjernihkan hati, menguatkan azam untuk bekerja, menambahkan kelazatan beribadah, memurahkan rezeki serta menjauhkan bala.

- Doa juga meruapakan senjata bagi orang-orang yang beriman termasuk golongan yang tertindas.

bersambung...

No comments:

Post a Comment