Friday, 6 May 2011

Hari Keluarga di Batu Pahat

Aku tinggalkan sejenak kenangan di Bandaraya Puerto Princesa. Aku ada cerita menarik sewaktu cuti minggu lepas.

Aku berada di Batu Pahat, Johor sewaktu cuti panjang sempena Cuti Umum Hari Pekerja yang baru lalu. Aku dan keluarga hadir atas undangan saudara terdekat.

Kain rentang di pintu masuk rumah pengajur hari keluarga
Sewaktu aku tiba, persiapan masih lagi dilakukan
Antara muka-muka yang rajin menolong mengupas bawang
Ini lagi sorang, kupas bawang untuk ambil gambar aje
Yang ini pula jadi pemerhati aje
Rumah yang bakal kami tumpang selama di sini
Kain rentang yang lama, nampaknya kena buat sedikit pindaan
Persiapan untuk memasak
Ini namanya tumpi
Ini pula acara gamling
Malang sekali kerana semuanya ahlinya adalah terdiri daripada orang-orang tua
Persembahan ini popular di kalangan masyarakat Jawa di Johor
Tak ramai yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini
Bersemangat sungguh pakcik ni
Hari sebenar bermula dengan sarapan pagi yang menarik
Wakil tuan rumah sedang menyampaikan ucapan
Ucapan daripada tuan rumah
Kaum kerabat tuan rumah
Dengar di sana, testing satu.. dua.. tiga..
Oleh kerana cuaca panas, air batu berperisa mangga dan sirap limau ini menjadi pilihan ramai
Masih ada yang menikmati sarapan pagi berupa lontong, rendang ayam, kuih muih
Antara yang hadir pada pagi itu
Semua khemah dipenuhi oleh saudara mara yang datang dari seluruh pelusuk negeri Johor dan Singapura
Setiap keluarga telah diperuntukan dengan satu warna sebagai pengenalan. Keluarga aku diberi warna hijau
Hamper yang akan diberi pada penghujung majlis
Sebahagian daripada keluarga tuan rumah (geng aku la)
Sewaktu doa selamat dibacakan
Ini pula juadah untuk makan tengahari, nasi briyani
Tak perlu rebut-rebut kak, makanan ada banyak
Abang Pit sedang posing
Sibuk nampaknya Abang Long kita ni
Buah tangan atau berkat di kalangan orang kita. Masyarakat Jawa memanggilnya sebagai Bontrol
Tempat tak cukup, kena makan bawah pokok kelapa. Kesian...
Adik ni makan kat tangga, lagi best
Tambah lagi Abang Pit?
Suasana hiba pada penghujung majlis
Bila lagi boleh jumpa?
Geng baju merah yang paling awal pulang
Sebelum balik, jangan lupa ambil buah tangan tu
Dua orang geng baju hijau yang dilantik jadi pengawal lalulintas
Kepulangan para tetamu
Berat hamper tu dik
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang
Tak kenal aku dengan mereka - mereka ini
Terharu bila dapat tengok gambar macam ini
Geng baju kuning pun nak balik juga
Begitu ramai yang hadir sehingga memenuhi kiri kanan jalan raya
Begitulah keadaannya sepanjang dua hari aku berkunjung ke Batu Pahat. Khabarnya pada tahun hadapan majlis yang sama akan diadakan di Pasir Gudang, Johor.

No comments:

Post a Comment