Friday, 6 May 2011

Mengapa Tidak Sempat BERDOA?

Memohon sesuatu daripada orang lain tentunya memerlukan adab-adab dan peraturan-peraturan yang tertentu yang mesti dipatuhi. Begitulah juga dengan berdoa kepada Allah swt. Oleh kerana kita sebagai hamba dan memohon kepada Allah swt, tentunya terdapat adab-adab yang mesti dijaga bagi memastikan doa kita mendapat penerimaan yang sewajarnya dari Allah swt. Antara adab-adab itu adalah:

- Mengadap kiblat.
- Dimulakan dengan membaca Bismillah.
- Merendahkan suara.
- Ikhlas, khusyuk serta tawadhu'.
- Memahami isi kandungan doa.
- Menangis serta menitiskan air mata keinsafan.
- Berwudhu' serta suci daripada najis dan hadas.
- Menyatakan amin selepas berdoa.
- Duduk melutut.
- Menadah tangan dengan penuh tertib.

bersambung...

No comments:

Post a Comment