Friday 21 October 2011

Millwall..1 Brighton..1

Brighton & Hove Albion dinafikan untuk mencatat kemenangan dalam Liga Kejuaraan selepas jaringan lewat permainan oleh Jay Simpson membolehkan pasukan Millwall mencuri satu mata dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1 - 1 di The Den's pada hari Selasa lepas. Kini Brighton tanpa sebarang kemenangan selepas enam perlawanan liga.

Anak - anak buah Gus Poyet kelihatan hampir untuk mencatat kemenangan pertama sejak awal September apabila Craig Noone menjaringkan gol pada minit ke 61 tetapi Simpson membalas dengan satu percubaan jarak jauh hanya sembilan minit sebelum tamat perlawanan.

Keputusan ini begitu mengecewakan Brighton yang terlepas sepakan penalti selepas sepakan Ryan Harley diselematkan oleh penjaga gol Millwall, David Forde.

Gus Poyet merombak kesebelasan utama yang seri 0 - 0 ketika menentang Hull City pada hari Sabtu lepas dengan membuat tiga perubahan. Will Hoskin membuat penampilan pertamanya menggantikan Ashley Barnes di bahagian serangan. Ryan Harley dan Craig Noone kembali ke bahagian tengah; Gary Dicker termasuk dalam senarai pemain simpanan tetapi Vicente langsung tidak disenaraikan.

Perlawanan ini telah disaksikan oleh 11,688 orang penonton berbayar termasuk 1,820 orang penyokong pasukan Brighton.

Keputusan seri ini telah menyebabkan kedudukan pasukan Brighton dalam Liga Kejuaraan menjunam ke tempat kesepuluh dalam senarai 24 pasukan yang bertanding.

Southampton masih mendahului liga dengan 26 mata daripada 12 perlawanan diikuti West Ham United, Middlesbrough dan Derby County yang masing - masing mengutip 21 mata daripada 12 perlawanan.

Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah pada hari Isnin, 24 Oktober 2011 menentang West Ham United di Stadium Amex.

TEAMS

Millwall: (4-4-2) Forde; Mkandawire, Barron (Dunne 46), Trotter, Robinson; Ward, Feeney, Howard, Abdou; Simpson, Henderson (Agyemang 62). Pemain simpanan yang lain: Mildenhall (GK), Henry, N'Guessan.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, Dunk, Painter; Noone, Bridcutt, Harley (LuaLua 86), Sparrow; Hoskins (Barnes 77), Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), Dicker, Vincelot.

No comments:

Post a Comment