Sunday 8 January 2012

Brighton..1 Wrexham..1

Hanya seri 1 - 1. Perlawanan Piala FA Pusingan Ketiga antara Brighton dengan Wrexham yang berlangsung di Stadium Amex berkesudahan seri 1 - 1. Banyak peluang terlepas begitu sahaja baik kerana kecemerlangan penjaga gol mahupun ketumpulan barisan serangan kedua - dua pasukan.

Brighton mendahului pada minit ke-48 menerusi jaringan Jake Forster-Caskey sebelum Adrian Cieslewicz menyamakan kedudukan bagi Wrexham pada minit ke-62.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat enam perubahan pemain yang menewaskan Southampton 3 - 0 pada hari Isnin lepas termasuk menampilkan Ben Sampayo dan Grant Hall buat pertama kalinya musim ini.

Sampayo mengambil tempat Steve Cook di bahagian pertahanan - yang menyertai Bournemouth pada pertengahan minggu ini - sementara Hall mengambil tempat tempat Gordon Reer, yang menjalani penggantungan tiga perlawanan.

Inigo Calderon kembali setelah pulih dari kecederaan lutut dan mambuat penampilan pertama sejak November 2011 - mengambil tempat Adam El-Abd yand direhatkan - dan Romain Vincelot kembali dari penggantungan dan menggantikan Mauricio Taricco sebagai pertahanan kiri; Taricco terlepas peluang kerana kecederaan.

Alan Navarro kembali ke bahagian tengah dan Ashley Barnes kembali menguatkan jentera serangan sesusah menjalani penggantungan minggu lalu; Liam Bridcutt dan Craig Mackail-Smith direhatkan.

Perlawanan yang disaksikan oleh 18,573 orang peminat bolasepak ini secara keseluruhannya menarik tetapi penyudah yang sedikit menghambarkan.

Perlawanan ulangan telah ditetapkan pada 17 Januari 2012 dengan Wrexham menjadi tuan rumah di Racecourse Ground.

KESEBELASAN UTAMA

Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Romain Vincelot, Grant Hall, Ben Sampayo; Alan Navarro (Yaser Kasim 63), Matthew Sparrow, Jake Forster-Caskey; Will Buckley (Anton Rodgers 63), Ashley Barnes, Kazenga LuaLua (Torbjorn Agdestein 53). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Liam Bridcutt, Craig Mackail-Smith, Roland Bergkamp.

Wrexham: (4-5-1) Joslain Mayebi; Curtis Obeng, mark Creighton, Nathaniel Knight-Percival, Neil Ashton; Jake Speight, Jamie Tolley, Jay Harris, Joe Clarke (Dean Keates 78), Adrian Cieslewicz (Johnny Hunt 87); Andrew Morrell (Glen Little 78). Pemain simpanan yang lain: Chris Maxwell (GK), Leon Clowes, Obi Anoruo.

No comments:

Post a Comment