Tuesday 10 January 2012

Stadium Falmer @ The Amex

Stadium Falmer Stadium, juga dikenali dengan nama Stadium Komuniti American Express atau The Amex, adalah sebuah stadium bolasepak berhampiran dengan sebuah kampung dikenali sebagai Kampung Falmer dalam kawasan bandaraya Brighton and Hove. Stadium inilah yang dijadikan laman sendiri oleh kelab bolasepak Brighton & Hove Albion.

Stadium ini telah diserahkan oleh pemaju kepada pengurusan kelab pada 31 Mei 2011.

Perlawanan bolasepak pertama diadakan di stadium ini adalah di antara Brighton menentang Eastbourne Borough dalam perlawanan akhir Piala Senior Sussex pada 16 Julai 2011.

Ini diikuti dengan perlawanan liga pertama berlangsung di stadium ini adalah pada 6 Ogos 2011 menentang Doncaster Rovers, lawan yang sama sewaktu perlawanan terakhir Brighton di stadium terdahulu, Stadium Goldstone Ground, empatbelas tahun yang lalu.

Manakala perlawanan bolasepak antarabangsa yang pertama diadakan di stadium ini adalah pada 10 November 2011 pertemuan di antara pasukan Bawah Umur 19 Tahun England menentang pasukan Bawah Umur 19 Tahun Denmark.

Sedikit info tentang Stadium Falmer atau Stadium Komuniti American Express ini. Ia mula dibina pada Disember 2008 dengan keluasan pada adalah 105 × 69 m (344 × 226 kaki). Bernilai £93 juta dan mempunyai kapasiti penonton seramai 22,374 (yang mana ianya boleh diubahsuai sehingga kapasiti maksima 35,000). Permukaan padang menggunakan rumput dan dilengkapi dengan sistem saluran air di bawah permukaan padang bagi mengelakkan kawasan becak apabila hujan. Sistem pemanas (warmer) hanya akan digunakan apabila pada diselaputi salji.

No comments:

Post a Comment