Thursday 14 June 2012

Perkhidmatan ETS Ipoh – Seremban – Ipoh



Berkuatkuasa 9 Jun 2012 yang lalu, ETS telah memperkenalkan semula perkhidmatan bagi Sektor Ipoh – Seremban – Ipoh. Selepas mendapat permintaan hangat daripada para penumpang, pengurusan KTMB telah bersetuju untuk menyediakan dua perkhidmatan harian dan empat perkhidmatan pada hujung minggu.

Para penumpang boleh merujuk kepada jadual di bawah:

ETS dari Ipoh ke Seremban:
Tren ET61 – Berlepas dari Ipoh pada jam 0700. Singgah di KL Sentral pada jam 0924. Tiba di Seremban pada jam 1025.
Tren ET63 – Berlepas dari Ipoh pada jam 1400. Singgah di KL Sentral pada jam 1624. Tiba di Seremban pada jam 1725.

ETS dari Seremban ke Ipoh.
Tren ET62 – Berlepas dari Seremban pada jam 1055. Singgah di KL Sentral pada jam 1155. Tiba di Ipoh pada jam 1432.
Tren ET64 – Berlepas dari Seremban pada jam 1755. Singgah di KL Sentral pada jam 1901. Tiba di Ipoh pada jam 2132.

Nota:
Tren No. ET61 dan ET62 akan dilarikan setiap Sabtu dan Ahad.
Tren No. ET63 dan ET64 akan dilarikan setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.

Para penumpang boleh membeli tiket masing-masing 30 hari sebelum tarikh perjalanan.

4 comments:

  1. maknenye , tren ets ke sremban hanya ada pada hari sabtu dan ahad je la ye . isnin-jumaat tiada ?

    ReplyDelete
  2. Bukan macam tu..... kan ada tren ET63 dan ET64 bagi yang ingin membuat perjalanan dari Seremban ke Ipoh atau dari Ipoh ke Seremban

    ReplyDelete
  3. skrg dqh takda train dari seremban ke Ipoh sejak 1 Oktober 2012

    ReplyDelete
  4. DIA CUMA SINGGAH JELAH YE? X TUKAR KERETAPI KAN?

    ReplyDelete