Tuesday 11 December 2012

Panghantaran Pasir

Tidak berapa lama sebelum ini, aku ada terlihat beberapa tren liner kosong berupa sebuah lokomotif Kelas 29 dan berbelas gerabak HOTC menuju ke arah utara. Aku tak tahu dari mana arah dan ke mana arahnya tren tersebut.

Baru-baru ini sewaktu di Stesen Subang Jaya menunggu ketibaan Tren Komuter untuk ke Pelabuhan Klang, aku nampak lagi tren liner ini lalu bersama muatannya. Mana nak pergi tren ini agaknya.......?
 
Kemudian tibalah Tren Komuter yang dinanti. Selepas semua penumpang telah turun dan naik, komuter itu pun bergerak menuju ke stesen berikutnya. Tetapi pergerakan tren komuter terhenti agak lama di 'Down Outer' Stesen Batu Tiga, kenapa agaknya?

Akhirnya aku mengetahui bahawa tren yang lalu sebelum ini baru sudah melansir jajarannya masuk ke 'unloading area' di sisian Stesen Batu Tiga, muatannya pula berupa pasir.

 
 
 
 
 
 
 
Tapi maaflah, gambar kurang memuaskan kerana hujan lebat pada waktu ianya dirakam, lagipun masa tu aku dalam komuter.

Apapun aku akan 'siasat' dari mana asalnya penghantaran ini di buat. Bukan nak sibuk, tapi sekadar untuk berkongsi dengan kalian yang di luar sana....

1 comment:

  1. 501 Turun dan 502 Naik. Itulah nombor Tren Blok yang digunakan oleh KTM Berhad dalam membereskan HOTC-HOTC dan BFL-BFL Bermuatan/Tanpa Muatan Pasir Lombong. Tren Blok ini dilarikan di antara Kota Bharu Perak - Batu Tiga (Sisian Central Sugar Refinery/CSR/Central Sugar dan Infinity Logistics) - Kota Bharu Perak. Nama syarikat dia tak salah ana ialah Canggih Sendirian Berhad. Tren Blok ni asalnya bernombor 505 Turun dan 506 Naik.

    ReplyDelete