Tuesday 26 March 2013

Ke Majlis Kenduri

Setelah berkunjung ke Teluk Batik pada 23 Mac 2013, pada keesokkan harinya (Ahad, 24 Mac 2013) aku dan keluarga berkunjung ke Kampung Teluk Sareh, Bota untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan seorang kawan lama di situ.

Undangan dari Encik Om Abdullah Sidek, Setiausaha Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Bait Al-Amin, Parit pastinya tidak boleh ditolak. Pertama, kerana aku ada di sekitar Seri Iskandar. Kedua, kerana aku dan En Om rapat setelah kami sama-sama menyertai Sukan Anak-Anak Yatim di Terengganu pada tahun 2010

En Om Abdullah (kanan sekali, berkaca mata) sewaktu SUKYA 2010.
 Banner yang digantung di pintu masuk ke rumah En Om Abdulah
Sewaktu aku dan keluarga tiba, Ayah Lan dan anak-anak dari Bait Al-Amin sedang menikmati nasi minyak
 Mak Tam dengan cucu-cucunya yang ikut serta
 Kami berkongsi meja makan dengan anak-anak yatim
 Seronok makan kerana semuanya dihidang
 Sebahagian kakitangan Bait Al-Amin
 Yang terbaik di kalangan yang terbaik, tapi nakalnya boleh tahan
 Teman berteman, mana mungkin boleh aku lupakan mereka ini
 Sewaktu aku ingin pulang, barulah rombongan pengantin tiba
Puas hati kerana dapat jumpa dengan sebahagian daripada kakitangan Bait Al-Amin termasuk anak-anak yang tertangguh kepulangan mereka ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tersayang pada musim cuti sekolah ini.

Jika ada masa, akan aku kunjungi lagi kalian di Teratak Bait Al-Amin itu, Insya Allah

No comments:

Post a Comment