Tuesday 26 March 2013

Ke Pantai Teluk Batik

Pada hari Sabtu yang lepas (23 Mac 2013), sewaktu kami menziarahi saudara di Seri Iskandar, Perak, aku bersama keluarga sekali lagi meluangkan masa untuk berkelah di Pantai Teluk Batik, Perak.

Kunjungan kali ini sekadar untuk mengisi masa lapang anak-anak sempena cuti sekolah dan melihat apa-apa yang baru di sekitar Teluk Batik, Lumut dan Manjung.

Seawal pagi tempat meletak kenderaan telah dipenuhi
 Papantanda lama yang masih utuh
 Sekadar peringatan untuk semua pengunjung
 Banyak khemah didirikan di sepanjang pantai
 Lagi papantanda untuk maklumat pengunjung
 Dilarang berkhemah di kawasan ini
 Banyak gerai menjual ais krim, kacang rebus dan sebagainya
 Tenang dan damai
 Gerai menjual air, pastinya habis dijual kerana cuaca agak panas
 Gerai menjual makanan ringan, tetapi harganya agak mahal
 Di gerai ini aku membeli pelampung untuk anak-anak
 Menjamu selera sebelum turun ke laut
 Pastinya bermain pasir dahulu
 Rumah api agaknya
 Gerai menjual makanan berasaskan hidupan laut
 Pantai yang bersih dan sering dikunjungi oleh ramai orang
 Pemandangan indah di sepanjang pantai
 Seronoknya berenang
 Salah satu aktiviti yang dijalankan oleh pengusaha 'Banana Boat'
 Seronok bermain di dalam air
 Sekumpulan pelajar-pelajar dari SMK Raja Perempuan Ipoh sedang melakukan kerja amal berupa mengutip sampah di sepanjang pantai
 Jangan main-main tau....
 Lagi gerai yang menjual makanan kegemaran kanak-kanak
 Gerai ini pula tidak beroperasi, ada masalah agaknya
 Menjamu selera sekali lagi sebelum balik
 Pintu masuk tandas awam
 Kadar yang dikenakan untuk menggunakan kemudahan di tandas ini
 Ceria seorang kawan lama
 Membeli belah sedikit cenderahati
Akhirnya kami sekeluarga balik ke Seri Iskandar pada sebelah tengahari. Kami akan datang lagi ke Pantai Teluk Batik jika ada kelapangan di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment