Thursday, 21 March 2013

Mengapa

mengapa lagu memuja selalu
mengapa irama bernada rindu
nan menjelma ilham padaku
menggetarkan jiwa nan dendam

mengapa insan ada bercinta
mengapa jiwa dapat terpesona
dan menjelma rasa sayangku
nan tak kan mudah lenyap hilang

tetapi sayang 
setiap insan berlainan pandangan
bertukar corak 
mencari bahagia

mengapa dendang tidak gembira
mengapa seloka tidak bernada
umpama irama dan lagu
nan senantiasa bersatu...


p/s
Pepagi ini fikiran aku jauh melayang ke sebuah tempat bernama Kampung Bukit Pauh. Mengapa???

No comments:

Post a Comment