Wednesday 24 April 2013

Jawatan Kosong - Juruteknik IT

Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

JURUTEKNIK IT

Kelayakan
a. Berumur tidak lebih 28 tahun pada tarikh iklan ditutup
b. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Teknologi Maklumat dalam bidang IT / Network / Elektronik dari Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
c. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Kriteria Pemilihan
a. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;
b. Mempunyai pengetahuan asas operasi, penyelenggaraan dan trouble-shooting perkakasan dan perisian komputer termasuk :
      i. Automasi Pejabat - PC, Laptop, PDA dan Pencetak,
    ii. Rangkaian Data & Komunikasi - Router, Switch, Modem, Fiber Optik, LAN dan WAN WIFI & Mobile Network - Access Point (AP), Bridges, PDA & Smartphone,  CCTV - DVR/NVR dan Kamera CCTV
   iii. Mempunyai skil asas dalam perisian Ms-Office, Open Office, Windows (XP, 2000, Win7) dan Unix.
d. Mempunyai lesen memandu kelas D yang sah
e. Sedia bertugas di luar markas dan melebihi masa kerja fleksibel termasuk pada hujung  minggu dan cuti umum.
f. Bermotivasi serta boleh bekerja bersendirian atau dalam satu pasukan.

Spesifikasi Tugas
a. Memasang, menguji dan pentauliahan penggunaan perkakasan dan perisian Automasi Pejabat, Server dan Network dalam rangkaian KTMB.
b. Menyelenggara dan membaik-pulih peralatan ICT termasuk PC, Laptop, Printer, Router, Switch, CCTV, WIFI dan lain-lain.
c. Memeriksa, menguji dan memasang komponen alat-alat ganti komputer dan Network seperti CPU, LCD, Printer, kabel Fiber Optik/UTP, Faceplate, NIC, Interface ports, Power supply, UPS, Hub, Modem, Router, Switch, WIFI AP/Antenna, Kamera, DVR/NVR dan lain-lain.
d. Proaktif dalam pelaksanaan projek baru dan projek sedia ada bagi memastikan kemudahan ICT dapat digunakan dengan selamat, cekap dan berkesan mengikut polisi ISM.
e. Menjalankan kerja preventive maintenance dan remedial maintenance semua kemudahan ICT mengikut jadual yang telah ditetapkan.
f. Memeriksa, mengawal, menyusun, melabel, mengesah dan mengemaskini inventori AO, Network, CCTV, WIFI dan Server sentiasa memenuhi keperluan harian operasi
g. Memantau , menyelenggara, menguji dan troubleshoot talian data Fiber Optik, UTP, Litar Suwa, Broadband (Streamyx/Unifi) dan ISDN untuk memastikan tidak ada gangguan dan kegagalan sistem.

Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 1 Mei 2013 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Koporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur.
Tel: 03-22631312/03-22631368

No comments:

Post a Comment